Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, September 06, 2012

Umno Makin Mengila!!!!! DSAI Di Sekat....

Cubaan sabotaj ceramah Anwar di Labuan 15 Sept ini

LABUAN 6 September: Ketua Cabang KEADILAN Labuan, Simsudin Sidek berkata, terdapat cubaan pihak tertentu untuk mensabotaj program ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim ke wilayah itu sempena sambutan Hari Malaysia Pakatan Rakyat peringkat negeri Sabah pada 15 September ini.


Menurutnya, tempahan dewan yang dipersetujui untuk program itu dibatalkan kerana bimbang kononnya akan berlaku huru hara.
“Pada 8 Ogos lalu, saya membayar RM2,200 dan dewan milik sebuah NGO itu bersetuju sebelum membatalkannya hujung bulan lalu atas alasan bakal berlaku pergaduhan dan rusuhan dalam acara itu.

“Program belum mula, sudah buat tuduhan sedangkan insiden baling kasut dalam masjid yang dihadiri Anwar di Kedah baru-baru ini dilakukan sebuah NGO pro Umno,” katanya ketika dihubungi.
Akibat itu, kerugian dialami hampir RM3,000 kerana terpaksa mencetak semula tiga kain rentang dan 10,000 risalah program.

Simsudin berkata, KEADILAN Labuan akan berbincang mengenai perkara itu dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap NGO tersebut.
“Selepas pembatalan itu, kami cuba menyewa dewan lain di sini, malangnya, kami terkejut apabila semua dewan di Labuan menolak dengan alasan ‘dewan penuh’.

“Ia termasuk dewan persendirian, NGO dan milik kerajaaan. Akhirnya kami bersetuju meneruskan program ini di Markas KEADILAN Labuan, di Kampung Batu Arang, jam 2 petang, 15 September ini,” jelas Simsudin.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam sidang medianya memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kota Kinabalu untuk Sabah manakala Kuching untuk sambutan di Sarawak.

“Dua acara berasingan akan diadakan. Yang pertama pada 15 September, iaitu sambutan pada malam Hari Malaysia dibuat di Kota Kinabalu. Yang kedua pula pada 16 September di Kuching, Sarawak,” kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Keterangan lanjut mengenai lokasi baru ke tempat ceramah boleh berhubung terus dengan Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Labuan, Raynol Joanis di talian 016-5840201./KeadilanDaily

Komen : Rakyat malaysia semakin benci kepada umnoBN......

Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...