Anwar_Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
Anwar hadir sebagai tetamu jemputan
SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan, Penasihat Ekonomi Negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tetamu jemputan bukannya tetamu kehormat pada sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri, 30 Ogos lalu.

“Tetamu kehormat dan tetamu jemputan adalah berbeza dalam majlis seperti ini. Perkara ini boleh dilaksanakan dengan telus dan terbuka. Esok atau lusa akan bersama Tuanku (menjelaskan isu ini).

“Ini bukan satu perkara yang sepatutnya sampai ke peringkat sebegini. Saya harap negeri yang  maju ini lebih tertumpu pada pembangunan dan usaha peringkatkan kemajuan ekonominya,” katanya.

Abdul Khalid berkata, rekod penganjuran majlis sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri sejak 2003 hingga 2012 membuktikan Menteri Besar daalah  tetamu kehormat majlis tersebut.

Bagaimanapun katanya,  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan untuk turut serta meraikan sambutan merdeka pada 2007 bersempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun Kemerdekaan Malaysia.

Menurutnya, jemputan kepada Sultan Sharafuddin melalui Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani ada dikemukakan setiap tahun bagi majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena sambutan Bulan Kemerdekaan termasuk tahun ini.

“Berdasarkan rekod dan fail, bahagian ini (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri) meneruskan pelaksanaan acara termasuk mengenai jemputan tetamu kehormat seperti amalan yang dilakukan pada tahun sebelumnya,” katanya.

Beliau juga menerima penjelasan SUK, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan menghargai usaha beliau bersama pegawainya  yang cuba melaksanakan program terbaik untuk Selangor./SinarHarian

Komen : Umno dah nak mampus dan dah tidak ada Isu.. kah kah kah kah kah kah.... 

ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!