Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini memfailkan permohonan di
Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menggugurkan tuduhan mengikut Seksyen 97
Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) yang dihadapinya ekoran
siri pendedahan melibatkan National Feedlot Corporation (NFC).
Peguam
N Surendran yang mewakili Rafizi berkata permohonan itu dibuat antara
lain kerana "seluruh prosiding itu adalah penyalahgunaan kuasa pendakwa
raya yang mahu memuaskan hati tuan politik mereka".
"Ia juga
menentang polisi awam kerana apa yg dibuat Rafizi adalah mendedahkan
salah guna dana rakyat," kata Surendran sewaktu bercakap kepada
pemberita di luar mahkamah.
Rafizi pada 1 Ogos lalu didakwa
mendedahkan empat akaun bank berkaitan NFC dan pengerusi syarikat
tersebut, Datuk Seri Mohd Salleh Ismail.
Beliau didakwa di bawah
Seksyen 97 Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) atas tuduhan
mendedahkan akaun kewangan di bawah Public Bank kepada dua wartawan,
seorang daripadanya Erie Martin Carvalho dari The Star.
Akaun-akaun
itu dikenalpasti sebagai profail pelanggan akaun NFC, Meatworks and
Livestocks Sdn Bhd, Agroscience Sdn Bhd dan akaun Mohd Salleh sendiri.
Rafizi didakwa mendedahkan akaun itu di ibu pejabat PKR pada 7 Mac lalu.
Turut
didakwa bersamanya adalah bekas kerani Public Bank, Johari Mohamad yang
didakwa bersubahat di bawah Seksyen 112(1)(c) akta sama.
Mereka berdepan hukuman penjara tiga tahun atau denda RM3 juta jika sabit kesalahan./MalaysiaKini
Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...