KUALA LUMPUR 11 September: Kerajaan Singapura perlu menjelaskan
dakwaan bahawa republik itu melakukan diskriminasi terhadap kemasukan
pekerja dari Sabah dan Sarawak.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik laporan The Star
bertarikh 10 September yang menyatakan permohonan visa kerja bagi lelaki
berumur bawah 35 tahun dari negeri berkenaan, ditolak kerajaan
singapura.
“Kerajaan Singapura, melalui kementerian tenaga manusia mesti menerangkan kedudukan rasmi mereka mengenai perkara itu.
“Jika laporan itu benar, Singapura bersalah kerana diskriminasi
terhadap pekerja Malaysia berdasarkan demografi,” kata Anwar dalam
kenyataan lewat malam ini.
Kata Anwar, adalah menjadi hak Singapura mendapatkan sumber manusia,
namun salah dari segi moral apabila mendiskriminasi tenaga buruh dari
Malaysia berdasarkan negeri tertentu.
“Bagi kita dalam Pakatan Rakyat, semua rakyat Malaysia adalah sama.
Singapura perlu sedar bahawa pekerjaan adalah penting untuk
kesejahteraan mereka yang bekerja dan keluarga mereka di Borneo,” kata
Anwar./KeadilanDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...