Menurut Ketua Umum PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelan tindakan ini harus dibuat dengan segera bagi memastikan golongan yang tinggal di kawasan pedalaman tidak ketinggalan dari segi maklumat terkini oleh PR.
"Saya menyeru supaya pimpinan wanita PR supaya mewujudkan 'blue print ini' khusus kepada wanita luar bandar," katanya semasa berucap Majlis Pelancaran Agenda Wanita Malaysia yang bertemakan "Wanita Berdaya Negara Sejahtera", malam tadi.
Tambah beliau, pelan tindakan itu penting bagi memastikan kaum wanita luar bandar tidak ketinggalan atau terlepas sebarang maklumat yang diberi oleh PR.
"Golongan di kawasan ini tidak terlalu terdedah dengan media baru, justeru mereka mudah terpedaya dan tertipu dengan hasutan media yang menyokong kerajaan," katanya yang juga Ketua Umum PKR.
Tambah beliau, dasar imperialisme yang melibatkan teori kebergantungan yang diamalkan negara maju seolah-olah dimainkan oleh Umno kerana mereka hanya membantu dari segi kewangan tetapi tidak membantu menyelesaikan cara meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar.
"Jadi, penduduk luar bandar ini akan terus-menerus sentiasa bergantung dengan bantuan yang diberi tanpa menyedari usaha yang perlu dilakukan bagi memajukan ekonomi," katanya.
Ketua Pembangkang ini berkata, bagi mendekati golongan wanita luar bandar merupakan satu cabaran yang besar.
Justeru, beliau menyeru supaya pimpinan wanita PR mengadakan program yang lebih berkesan bagi mendekati golongan ini.
"Kita tidak akan jadikan cara ini sebagai retorik semata-mata. jika kita mampu tembusi cabaran ini, saya yakin kita dapat menawan Putrajaya," katanya penuh yakin.
Oleh yang demikian, Anwar menyeru supaya pimpinan wanita daripada Pas, PKR dan DAP supaya bersatu padu bagi menjayakan misi ini./SinarHarian
Minyak Panas Power!!!!! Tak Cuba, Tak Tahu... Cuba lah Sekarang!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...