KUALA LUMPUR 14 September: KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya
penerbitan filem ‘Innocence of Muslims’ yang menghina Islam dan
Rasulullah SAW.
Ketua
Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, filem itu adalah produk dari
perancangan untuk menyinggung sensitiviti umat Islam dan mencetuskan
kekacauan.
“Justeru, ia harus ditarik balik dan dikutuk dengan tegas oleh pemimpin-pemimpin dunia,” tegas Anwar dalam kenyataan.
Katanya, sempadan di antara pencabulan dan penghinaan terhadap agama
dengan kebebasan bersuara mahupun seni artistik (artistic license) perlu
digariskan.
“Amerika Syarikat perlu bertindak ke atas individu yang
bertanggungjawab menghasilkan filem yang jijik dan keji itu, dan
menunjukkan bahawa kebebasan bersuara tidak boleh disalah guna untuk
jenayah kebencian (hate crime),” kata Anwar lagi.
Filem arahan Sam Bacile itu mula muncul di laman Youtube Selasa lalu dan menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
Tunjuk perasaan tercetus di Mesir, Yaman dan Libya dan lebih malang,
Duta Amerika ke Libya turut terbunuh dalam satu serangan di Benghazi
pada hari yang sama ia tersebar.
Anwar turut mengecam tegas pembunuhan sia-sia itu dan mangsa lain yang tidak bersalah.
Beliau menyeru umat Islam yang menghargai kebebasan untuk tidak bertindak terburu-buru dan ganas.
Ketua Pembangkang itu berkata, tindakan tersebut jelas menunjukkan
dalang di belakang filem ini ingin menyemai persengketaan antara agama.
“Filem ini bukan sekadar menyinggung perasaan umat Islam, malah
penganut agama seluruh dunia tidak boleh dibenarkan untuk dijadikan
alasan oleh pelampau untuk menimbulkan lebih banyak keganasan.
“Maka keganasan dipilih untuk jatuh ke perangkap mereka,” katanya.
“Kami sekali lagi menyeru semua pemimpin masyarakat serata dunia
memperbaharui usaha untuk menguatkan hubungan antara agama, berdialog
dan tidak membenarkan salah faham dan syak wasangka menguasai kita,”
kata Anwar./KeadilanDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...