Pengundi hantu: Selangor kaji cabar SPR di mahkamah
SHAH ALAM – Pendirian Pakatan Rakyat (PR) bahawa Selangor tidak akan menyertai negeri lain pada Pilihan Raya Umum ke- 13 (PRU13) jika diadakan tahun ini sebagaimana yang diumumkan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim Rabu lalu, bukan satu keputusan muktamad.
Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan , Haniza Talha berkata, pengumuman tersebut adalah pendirian PR yang merestui keputusan Kerajaan Negeri sebelum ini yang akan mengadakan pilihan raya berasingan jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa gagal bertindak membersihkan daftar nama pemilih diragui.
Haniza berkata, dalam isu ini keputusan Kerajaan Negeri mengadakan PRU13 serentak atau asing hanya terletak di tangan SPR.
Malah tegasnya, isu PRU13 berasingan tidak timbul sekiranya SPR bersungguh- sungguh membersihkan senarai nama daftar pemilih yang meningkat mendadak.
“Walaupun telah banyak bukti yang dikemukakan, namun SPR masih gagal bertindak sewajarnya sebaliknya memberikan alasan yang pelik dan tidak munasabah.
“Jika SPR sudah bertindak segera barulah Kerajaan Negeri akan mengumumkan keputusan muktamad sama ada akan mengadakan PRU13 serentak atau sebaliknya. Itu kuasa Kerajaan Negeri ,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Wanita PKR Selangor berkata, sehingga kini Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti lebih kurang 1,000 nama pengundi diragui di negeri ini hasil siasatan akar umbi dalam Kempen Selangorku Bersih yang dijalankan.
Katanya, Kerajaan Negeri juga akan membawa isu tersebut ke Mahkamah dalam masa terdekat untuk mencabar SPR.
“(Seramai) 1,000 nama pengundi diragui telah dikenal pasti dan ada sejumlah besar nama yang diragui sedang disiasat.
“Kita akan bawa isu pengundi diragui ini ke Mahkamah dalam masa terdekat untuk cabar SPR yang kononnya telus dan senarai nama pengundi adalah bersih,” katanya.
Menurutnya, adalah umpama ‘menghulurkan leher untuk disembelih’ jika Kerajaan Negeri akur dengan keputusan Kerajaan Pusat mengadakan PRU13 serentak sedangkan senarai nama pemilih tidak dibersihkan terlebih dahulu.
Terdahulu, pertambahan pengundi baru di Selangor menjadi isu hangat sehingga Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Samad menetapkan pilihan raya peringkat negeri Selangor tidak akan diadakan selagi daftar pemilih ini tidak bersih walaupun Parlimen telah dibubarkan di peringkat pusat.
Rekod daftar pemilih terkini suku tahun ketiga 2011 menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar (6,049) , Hulu Selangor (15,481), Tanjong Karang (4,307), Kuala Selangor (10,083), Selayang (16,189), Gombak (15,467), Ampang (9,467), Pandan (13,175), Hulu Langat (23,334), Serdang (23,748), Puchong (19,772) dan Kelana Jaya seramai 13,714.
Dalam pada itu, di Petaling Jaya Selatan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara (5,603), Subang (27,765), Shah Alam (15,417), Kapar (21,606), Klang (11,702), Kota Raja (22,256), Kuala Langat (17,172) dan Sepang 14,627./SinarHarian
ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...