Naib Presiden Perkasa sertai KEADILAN, BN Sabah kian goyah
TUARAN 15 Sept: Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah,
Tan Sri Ibrahim Menudin ke KEADILAN, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya
Lampong pula melakukan tindakan sama.
Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada
majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran
Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.
Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah
meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka
semakin goyah.
Pengisytiharan
dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat
Sabah.
Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.
Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.
Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah./KeadilanDaily
ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! SOKONG SILA KLIK!!
macam mana dgn org kristian . kenapa tak org islam dgn kristian dan ayuh bersatu. jgn la asyik sebut islam je .... nanti terlahir pula secebis rasa benci dlm hati dgn agama lain. kalau boleh sebut mcm ni . org borneo ayuh bersatu.
BalasPadam