KUALA LUMPUR 3 Ogos: Senator Datuk Maijol Mahap mengisytiharkan keluar Barisan Nasional (BN) hujung minggu lalu.
Beliau turut menyertai Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun
Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) yang juga Ahli Parlimen Tuaran, Datuk
Seri Wilfred Bumburing yang meletak jawatan dalam BN Ahad lepas.
Bekas Naib Presiden Upko itu berkata, antara punca beliau
meninggalkan BN disebabkan isu kemiskinan rakyat Sabah, dasar kabotaj,
royalti minyak, diskriminasi kaum, rampasan Tanah Hak Adat Bumiputera
(NCR) dan peminggiran Sabah yang masih membelenggu.
Maijol yang sudah 14 tahun dalam BN berkata, semua masalah itu gagal
diselesaikan termasuk di era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.
“Selepas mengambil kira masalah ini yang sudah lama tertangguh di
Sabah dan gagal diselesaikan, maka saya terpaksa meninggalkan BN.
“Saya tidak lagi percaya bahawa kerajaan BN boleh atau akan
menyelesaikan isu-isu kritikal di Sabah, termasuk PATI (Pendatang Asing
Tanpa Izin), tahap kemiskinan yang tinggi, meminggirkan KDM (Kadazan
Dusun Murut), NCR, lima peratus royalti minyak dan dasar kabotaj,”
katanya pada kenyataan 31 Julai lalu.
Turut meninggalkan BN pada 29 Julai lalu ialah Pengerusi Tetap, Datuk
Herman Tiongsoh serta Ahli Majlis Tertinggi Upko, Denis Gimpah, Lesaya
Lopog dan Petrus Guriting.
Mereka mengikut langkah Wilfred menyertai Pakatan Rakyat melalui
penubuhan Angkatan Perubahan Sabah (APS) pada majlis pelancaran
pertubuhan itu Ahad lalu.
Penyertaan itu disaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim./KeadilanDaily
#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!!
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...