Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, Ogos 03, 2012

24 NGO hantar memorandum ke Duta Myanmar, 300 warga Rohingya berdemo

KUALA LUMPUR, 3 Ogos —  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan 24 NGO hari ini bersama-sama 300 warga Rohingya menghantar memorandum ke Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir sebagai membantah pembunuhan dan penghapusan etnik itu di Myanmar.

Menurut pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin (gambar) yang dikenali sebagai CheguBard, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia untuk bangkit bersuara atas kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk etnik Rohingya.
“Kita hari ini datang bukan atas dasar politik tetapi atas dasar kemanusiaan.
“Kita mahu penduduk Rohingya ini diberi perhatian oleh ASEAN dan OIC,” katanya.
Kumpulan NGO itu merasa kecewa kerana tidak dilayan dengan baik oleh pihak kedutaan Myanmar.
“Kita telah mendapat 24 dukungan NGO tetapi hati kami terguris kerana pihak kedutaan enggan untuk menerima memorandum kami, sebaliknya hanya menyuruh kami memasukkan memorandum dalam peti surat mereka.
“Kita mendesak agar kerajaan Myanmar untuk menghentikan pembunuhan kaum Rohingya sejak tahun 1942, selain mendesak agar kerajaan Malaysia supaya bersuara tegas.
“Kami juga akan menghantar memorandum ini ke Kedutaan Amerika Syarikat,British dan Bangladesh,” kata wakil dari SAMM itu.
Dilaporkan  berpuluh ribu warga Rohingya dibunuh di Myanmar walaupun tiada angka rasmi pernah dikeluarkan mana-mana badan.
Sementara itu, pihak polis mengatakan dapat mengawal kawasan kedutaan dengan baik.
Polis pula berkata mereka mengharapkan pihak penganjur supaya dapat mengawal penunjuk perasaan yang bertindak secara emosi dalam perhimpunan.

“Kita mahu pihak penganjur untuk menghormati persekitaran dan juga lalu lintas kerana kita tidak mahu ketenteraman mereka diganggu,” kata ketua polis daerah Cheras, OCPD Mohan Singh.

Turut hadir ialah Presiden Memacu Arus Perjuangan (MAP), Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mat Akin, serta beberapa wakil NGO lain./TheMalaysiaInsider

#Susu Kambing Terkini!!!! Goat Milk... Dapatkan Segera!!!!!!!!!!!! 
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...