Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Ogos 16, 2012

Pakatan Rakyat sambut Hari Malaysia di Kota Kinabalu dan Kuching

PETALING JAYA 15 Ogos: Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat memaklumkan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini akan diadakan di dua lokasi berasingan iaitu di Kota Kinabalu untuk Sabah manakala Kuching untuk sambutan di Sarawak.


“Dua acara berasingan akan diadakan. Yang pertama pada 15 September, iaitu sambutan pada malam Hari Malaysia dibuat di Kota Kinabalu.

Yang kedua pula pada 16 September di Kuching, Sarawak,” kata wakilnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Hatta Ramli.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.
“Semua pimpinan Pakatan Rakyat akan bergerak ke sana. Acara khusus akan dimaklumkan kemudian,” jelas Dr Hatta lagi./KeadilanDaily

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...