Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata laporan Utusan Malaysia yang "mengharamkan" orang Islam daripada mengundi DAP adalah cubaan jahat Umno untuk terus kekal memerintah.
"Ini kerja dan cara jahat. Biar gaduh biar perang janji kita (Umno)
perintah lagi," katanya ketika mengulas berita muka depan Utusan dua hari berturut-turut berhubung perkara itu.
Menurut
Hadi, akhbar itu sengaja mengabaikan kerjasama yang terjalin di antara
PAS, sebuah parti berasaskan Islam dan DAP selama ini apabila menyiarkan
berita itu.
"Ada perkara berbeza ada perkara yg sama (antara PAS dan DAP). Kita berjaya teruskan perjuangan dengan resolusi yg diterima PAS,
PKR, dan DAP.
"Tetapi
media Umno sengaja ketepikan persefahaman ini dan timbulkan
pergaduhan," kata Hadi sewaktu berceramah di Taman Melewar malam tadi.
Turut
berucap dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu
yang menyakatakan keyakinannya bahawa PAS akan memerintah Putrajaya
bersama Pakatan Rakyat.
Beliau berkata demikian dengan mengaitkan
gelombang kebangkitan parti berasaskan Islam lain di Timur Tengah yang
menurutnya akan turut merebak ke seluruh dunia.
Seperti
pemerintah negara Timur Tengah lain yang ditolak rakyat, masanya juga
akan tiba buat Umno yang sekian lama memisahkan agama daripada
pentadbiran negara, kata Mohamad.
"Umno kuat tapi dah sampai tarikh luput.
"Akhirnya sekarang kita tidak dengar lagi orang memisahkan politik dan agama," kata Mohamad Sabu./MalaysiaKini
Pil Untuk Lelaki Yang Lemah Tenaga Batin..Power!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...