Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tindakan pengerusi DAP
Karpal Singh menolak pelaksanaan hukum hudud bukanlah satu perkara yang
menghairankan.
Akhbar Sinar Harian memetik Abdul Hadi
sebagai berkata, Karpal dan pemimpin DAP juga berhak untuk tidak
mempersetujui pelaksanaan itu memandangkan kalangan itu bukan beragama
Islam.
Bagaimanapun, DAP tidak pernah membawa hukum hudud ke
mahkamah, seperti yang dilakukan Umno ke atas kerajaan negeri Kelantan,
kata Abdul Hadi.
"Kerajaan pusat pernah hantar surat kepada kerajaan Kelantan, jika Kelantan laksana hudud, kerajaan pusat akan bertindak.
"Selepas itu, kes (hudud) pernah dibawa ke mahkamah. DAP belum pernah bahawa hudud ke mahkamah.
"Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.
Isu tersebut timbul ekoran laporan Utusan secara berturut-turut minggu lalu yang mendakwa haram bagi orang Islam menyokong DAP.
Laporan
itu antara lainnya menyatakan bahawa DAP "secara terang-terangan
menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud."
Laporan
yang memetik kenyataan seorang guru pondok itu ditangkis pemimpin
Pakatan, antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
menyifatkannya sebagai satu bentuk kempen pelampau agama.
Anwar juga
berkata, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum
hudud.
Kenyataan itu disambut Mahathir yang berkata, pendiriannya
tidak bersetuju dengan hudud yang dituntut PAS tidak boleh disamakan
dengan DAP kerana Malaysia sudah diisytiharkan sebagai negara Islam
ketika zaman pentadbirannya.
Justeru, bekas perdana menteri itu
menafikan dakwaan beliau anti-Islam kerana tidak melaksanakan hukuman
hudud semasa pemerintahannya./MalaysiaKini
ORANG ISLAM AYUH BERSATU!! sOKONG KLIK
"Umno tolak hudud sebelum PAS berpakat dengan DAP lagi," kata Haji Abdul Hadi.
BalasPadamOleh itu dulu kini dan selamanya memang Umno tolak hudud.
We mana ulama-ulama atas pagar,masih tidur tergonggeng macam kelawar lagi ke?
Mana fatwa kelawar?
Maaf ulama-ulama kelawar ni pakar putar belit dan melayang bersama hukum sehingga tidak melanggar pemimpin Umno dalam edisi terjahnya!
BalasPadamInilah ulama cari makan untuk hidup!
Ulama Musang Berjanggut.... "undang-undang kanda yang tulis".
BalasPadamSesungguhnya P. Ramlee adalah seorang yang 'brillian' di dalam memberikan komen tentang masyarakat.
Raja - diperkuda
Menteri - patung, katak dan tikus.
Ulama/mufti - musang - sekarang digelar 'ular dalam semak'