RASANYA lebih ramai akan ketawa atau paling tidak senyum sinis
berbanding dengan mereka yang terharu jika Anwar Ibrahim mengambil
keputusan bersara daripada arena politik sekiranya Pakatan Rakyat (PR)
gagal ke Putrajaya selepas PRU13.
Malah saya yakin segelintir mereka yang terharu mengalirkan air mata.
Cuma air mata dimaksudkan seperti ungkapan dalam bahasa Inggeris,
"crocodile tears". Tapi lawak mengenai persaraan ini dipertingkatkan
lagi Anwar kerana kononnya selepas itu dia mahu kembali menjadi
pensyarah.
“Nak balik jadi pensyarah di Yayasan Anda ke?” sindir seorang wartawan
yang kebetulan bersama saya tatkala topik ini timbul. “Yayasan Anda dah
lama tenggelam. Hanyut bersama idealisme asal Anwar,” jawab saya. Apa
pun Anwar memang kaya dengan idealisme.
Baginya pemimpin lain, tidak mempunyai idealisme. Jika tidak masakan tatkala saya menyerahkan buku karangan saya "Tunku – Idealisme Dalam Kenangan" di pejabatnya ketika beliau menjadi Menteri Kewangan, Anwar yang duduk pada jarak, persis Maharaja China purba dengan khadamnya menoleh kepada pembantunya dan berkata, kira-kira begini: “Tunku ada idealisme ke?”
Itu kisah lama dulu ketika Anwar hanya beberapa tapak lagi menjadi Perdana Menteri dan melihat dirinya sebagai pembawa panji perubahan, bukan sahaja Malaysia, malah Asia sebagaimana yang disebut dalam buku "The Asian Renaissance". Namun, idealisme tersebut sudah lama lenyap sebagaimana lenyapnya Yayasan Anda.
Yang masih berbaki hanyalah idealisme untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Malah idealisme yang satu ini juga nampaknya sedang menempuh hari-hari terakhir. Sebagai ahli politik, Anwar suka bercakap. Malah sebelum jadi orang politik pun, Anwar memang suka bercakap.
Anwar cakap penuh dengan keyakinan, memukau dan mudah dipercayai mereka yang mendengarnya. Jika tidak, masakan ramai mempercayai ada orang yang mati kebuluran di Baling. Sehingga beberapa minggu lalu Anwar masih lagi begitu yakin umpannya mengenai penghapusan pinjaman PTPTN, subsidi minyak, itu percuma dan ini percuma akan mengena.
Namun masa yang beredar menunjukkan Pakatan Rakyat kian kehilangan tapak kalangan pengundi. Tak pasti sama ada jemaah Pas menganggap Anwar sebagai aset atau hal sedemikian tidak dikongsi secara menyeluruh.
Namun, sudah ada suara-suara yang mengatakan beliau adalah sebenarnya liabiliti buat parti tersebut. Bagi pemimpin Pas yang menyokong Anwar mereka mungkin terlupa betapa kebanyakan penyokong parti adalah bukan ahli politik.
Mereka tidak memerlukan strategi politik tetapi melihat Pas sebagai satu wadah perjuangan agama Islam yang tidak mudah tercemar daripada perkara yang songsang hukum. Justeru mereka mempersoalkan apakah Pas hari ini sama seperti Pas dulu yang bersendirian dalam memperjuangkan pembentukan sebuah Malaysia yang ditakrifkan sebagai sebuah negara Islam
menurut acuan parti tersebut?
Atau apakah acuan itu kini sudah diubahsuai untuk turut sama memuatkan ramuan negara Islam ala-Anwar Ibrahim dengan diadun bersama sedikit rempah ratus DAP? Di sebalik cita-cita menjadi Perdana Menteri, tiada sesiapa dapat menafikan Anwar adalah pemimpin yang ‘extraordinary personality’. Pada zaman kemuncaknya, kehadiran Anwar di atas pentas menjamin
kehadiran 50,000 orang.
Pendek kata ada yang sanggup berpimpin serta datang bertongkat. Tetapi hari ini kalau ada 5,000 yang hadir, boleh dikira bagus. Dulu Anwar adalah "darling" media Barat, dan mungkin juga
dunia dan pemimpin Barat. Apa sahaja yang dikatakan Anwar diterima dan disebarkan kepada dunia. Tapi itu dulu.
Hari ini, baik Barat mahupun Timur dan hatta dalam Malaysia sekalipun, semakin ramai yang kurang mempercayai Anwar. Justeru apabila Anwar mengatakan akan bersara sekiranya Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, atau dengan kata lain gagal menjadi Perdana Menteri maka ramai yang menganggapnya sebagai satu lagi lawak jenaka.
Anwar cukup menyedari ramuan yang harus ada sekiranya dia mahu mengejar mimpi ke Putrajaya iaitu kesatuan antara partinya PKR dengan DAP dan Pas dan kesatuan antara DAP dan Pas sendiri. Misinya sebagai pendamai bukan mudah kerana menyatukan Pas dengan DAP adalah ibarat cuba mencapai persefahaman antara itik dan ayam.
Apakah ketidakpastian seperti ini menyebabkan Anwar semacam mengangkat bendera putih awal-awal lagi? Atau apakah ia satu lagi strategi Anwar untuk setidak-tidaknya merealisasikan idealisme yang satu ini?
Apapun, sekiranya Anwar benar-benar sudah dapat meneka kegagalan Pakatan Rakyat dan sudah mula ‘cover line’ lalu dikatakan mahu bersara, maka apa yang pasti rakyat Malaysia tidak akan terkilan? Mereka menduga berbanding beberapa kerat dalam PR yang akan memujuk agar Anwar mengubah pendiriannya./SinarHarian

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...