Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Julai 04, 2012

SAMM dan DSAI....

Kenyataan Terbuka
4 Julai 2012

RAPAT KEBANGSAAN SAMM 02/2012 - RESOLUSI PENTING HADAPI PRU TERHASIL !!

RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2012 29-30 JUN 2012 PENANTI, PULAU PINANG

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat Kebangsaan (Pengurusan) kedua tahun 2012 pada 29-30 Jun 2012 yang lalu bertempat di Yayasan Aman, Penanti Pulau Pinang. Rapat kebangsaan SAMM kali ini menghimpunkan semua Penyelaras SAMM Negeri dari seluruh negara selain Penyelaras SAMM Pusat yang telah berada di utara terlibat menjayakan program Merdeka Rakyat di Kulim.



Rapat Kebangsaan SAMM kali ini juga mendapat perhatian susuk Ketua Pembangkang Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir memberikan sedikit input penting dan bertukar pandangan untuk sama-sama menghadapi selekoh terakhir sebelum menawan Putrajaya. Tanpa dirancang Anwar Ibrahim yang kebetulan berada dikawasan sekitar hadir apabila mengetahui SAMM sedang mengadakan rapat ketika meluangkan masa menunjukkan ekspresi optimis betapa Pakatan Rakyat akan mampu menumbangkan Bn, namun tetap akur penipuan pilihanraya menjadi benteng paling kebal yang perlu ditembus.


Rapat Kebangsaan SAMM 02/2012 adalah merupakan rapat terpenting kerana ianya menjurus kepada penglibatan SAMM dalam memastikan hak demokrasi rakyat tidak dinafikan dalam pilihanraya akan datang. Kejayaan BERSIH 3.0 dari sudut mobilisasi dan kejayaan menyusun propaganda menjadi sandaran SAMM setelah melalui Rapat Kebangsaan pertama tahun ini pada Mac 2012. Oleh demikian, SAMM sekali lagi melalui Rapat Kebangsaan kedua 2012, mengorak langkah mencipta kejutan seterusnya berazam memastikan sejarah itu milik anak muda melalui strategi yang disusun lagi terancang - Rapat Kebangsaan 02/2012.
 
Melihat kepada sejarah peradaban negara, kita telah dijajah beratus-ratus tahun dan sehingga hari ini kemerdekaan sebenar masih dicari apabila legasi penjajah itu diteruskan sehingga undang-undang negara sendiri ditulis oleh penjajah sebagai contohnya, dan rakyat ditindas, kezaliman berterusan serta demokrasi hancur kerana legasi penjajah terus bertekad mengekalkan kuasa waima dengan penafian demokrasi dalam penipuan pilihanraya, termasuklah menggadai negara kepada warga asing demi mendapat undi kemenangan.

Seraya itu, Rapat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia edisi kedua tahun 2012, telah menyusun beberapa gerakan persiapan serta memperkemas rangkaian anak muda di seluruh negara untuk bersekutu bersama dengan SAMM khususnya bagi menyekat penipuan yang dirancang regim pemerintah untuk kekal berkuasa. Beberapa bengkel penting telah dijadualkan untuk beberapa penggerak anak muda lain turut bersama berkoordinasi dengan gerakan terancang SAMM.


Rapat Kebangsaan kali ini juga tidak ketinggalan untuk beberapa program mendekati anak muda diatur di setiap negeri atas tanggungjawab SAMM Negeri. Hasilnya 10 program dekati anak muda dengan pelbagai pendekatan dan perencanaan telah berjaya diatur bersama perancangan yang teliti untuk diteruskan di peringkat pelaksanaan, dan SAMM juga sedia untuk menjayakan sebuah karnival raksasa bertemakan Kerjaya-Pendidikan-Usahawan yang menyasarkan kehadiran 50,000 anak muda dengan kerjasama sebuah kerajaan negeri.
 

Rapat Kebangsaan kali ini berakhir dengan kata putus yang membawa kepada terhasilnya Resolusi SAMM yang bukan sahaja mengejutkan Bn tetapi menjadi amaran keras buat agen-agen yang bersedia untuk menggadai negara dalam PRU akan datang, selain menjadi pedoman kepada gerakan anak muda SAMM dan sekutunya.

Rapat Kebangsaan kali ini berakhir dengan kata putus yang membawa kepada terhasilnya Resolusi SAMM tegas.

Rapat Kebangsaan SAMM 02/2012 telah mencapai 4 Resolusi SAMM, adalah seperti berikut;

1.     SAMM menuntut Pengerusi SPR Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz dan timbalannya iaitu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar agar segera meletakkan jawatan yang disandang dalam SPR, memandangkan adalah salah bagi penjawat utama SPR dilantik dari kalangan parti politik yang bertanding, sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar peruntukan Perlembagaan.

2.     SAMM dengan keras menolak secara total 'pengundian awal' yang menggantikan undi pos pada PRU-13 kerana yakin ia penipuan terancang yang lebih parah dari undi pos. Bilangan pengundi awam yang dialihkan sebagai pengundi awal (nama baru pengundi pos) amat tinggi dan membimbangkan.

3.     SAMM komited untuk memastikan PRU hanya berlaku selepas senarai pengundi SPR dibersihkan termasuklah kes 42 ribu nama pengundi yang tiada dalam rekod JPN dan, 170ribu pengundi yang termasuk katogeri satu alamat lebih dari seratus nama pengundi. PRU sebelum pembersihan senarai pemilih adalah satu usaha menipu dan mencabul demokrasi negara.

4.     Membenarkan warga asing menentukan halatuju negara adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana ia seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. Maka rakyat bersatu hati untuk menghalang campurtangan warga asing di hari pengundian dengan sekeras-keras tindakkan.

SAMM memberi amaran keras dan akan merancang tangkapan dan tindakan awam ke atas  mana-mana warga asing serta agen tempatan yang membawanya jika didapati cuba untuk mengundi secara tidak sah. SAMM akan bersama sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk mengawal di kebanyakkan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majority kawasan parlimen seluruh negara.


Resolusi ini telah disepakati oleh 25 pengarah, penyelaras pusat dan negeri SAMM yang hadir mewakili perbagai segmentasi anak muda. SAMM mengadakan rapat (pengurusan) kebangsaan 3-5 bulan sekali bergantung kepada keperluan. Resolusi ini akan memberi pedoman kepada semua gerakan SAMM sehingga rapat (pengurusan) kebangsaan akan datang. 

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
http://www.anakmudamalaysia.com

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...