Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Julai 17, 2012

PRU 13: Kami sedia memerintah – Anwar Ibrahim

JAKARTA 17 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat akan memenangi dan mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13) nanti.
“Pilihan raya kali ini menjadi peluang terbaik bagi kami (Pakatan Rakyat) untuk berkuasa,” tegas Anwar dipetik Jaringnews.com.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara di Jakarta pagi tadi bersama mantan Presiden Timor Leste, Ramos Horta dan mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra pada forum diskusi ilmiah dengan tema “Peace & Reconciliation in Southeast Asia”.

Tambah Anwar, PRU kali ini adalah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia mencapai kebebasan dalam demokrasi dan beliau bersedia memenanginya.

“Meskipun rakyat mungkin tidak berpendidikan tinggi tapi rakyat tidak bodoh. Inilah hak rakyat untuk (dapatkan) kebebasan,” tegas Ketua Umum KEADILAN itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga dilihat semakin tidak percaya pada diri sendiri dan Umno khasnya kerana sering menangguhkan pilihan raya.

“PRU mungkin berlaku tahun ini, meskipun telah ditangguh berulang kali,” kata Anwar.
Namun begitu, menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, jalan untuknya masih berliku kerana kini dituduh pula menjadi dalang demonstrasi menentang rejim di Malaysia.

Seperti diketahui, ratusan ribu rakyat turun menuntut pilihan raya yang bersih dan adil dalam Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Turut didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali serta Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

1 ulasan:

  1. Amin...Semoga PR mengambil alih kerajaan.RAKYAT SARAWAK SEMAKIN SENGSARA..BUANG TAIB

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...