SABAH 8 Julai: Lebih 100 ahli Umno dan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam
Parlimen Kinabatangan hari ini menyertai KEADILAN di Sandakan, Sabah,
kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik.
Semua borang penyertaan itu katanya diserah seorang pimpinan Umno
Parlimen Kinabatangan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program
ceramah umum anjuran KEADILAN Sabah.
“Penyertaan itu membuktikan lonjakan sokongan berterusan rakyat Sabah
kepada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sekaligus signal jelas rakyat negeri
ini sudah bersedia menukar kerajaan,” katanya kepada Keadilan Daily, petang ini.
Selain Aishah, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Ahmad
Thamrin Jaini; Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah; pimpinan
DAP Sabah, Steven wong hadir bersama kira-kira 1,500 rakyat pelbagai
kaum.
Aishah berharap pimpinan KEADILAN Sabah mengatur pelbagai program
bagi memastikan keanggotaan baru itu memahami perjuangan parti dan
membantu kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.
Parlimen Kinabatangan diwakili Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong
Umno BN di Parlimen yang terkenal dengan kontroversinya mengungkap
perkataan lucah, Datuk Bung Mokhtar Radin./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...