Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Julai 05, 2012

Malaysia diancam ‘demokrasi samseng’ - Suaram


PETALING JAYA 5 Julai: Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Kua Kia Soong mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia diancam bahaya ‘mobokrasi’ (demokrasi samseng).
Katanya, ini kerana institusi pemerintah sangat cepat bertindak ke atas isu yang disuarakan NGO seperti Jaringan Melayu Malaysia (JMM), tapi tidak berbuat apa-apa berkaitan soal rasuah dan salah guna kuasa.

Beliau merujuk kepada serbuan pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ke pejabat Suaram Selasa lalu berikutan kenyataan JMM bahawa Suaram didaftarkan atas nama syarikat dengan nama Suara Inisiatif Sdn Bhd.
“Malaysia menghadapi bahaya ‘mobokrasi’, apabila institusi pemerintah cepat bertindak bila (badan-badan) ‘samseng’ ini keluarkan kenyataan dan adakan sidang media.

“Pada masa sama, tiada apa-apa siasatan berhubung kes rasuah Scorpene, walhal siasatan kehakiman (skandal itu) sedang berjalan di Perancis,” katanya pada sidang media di pejabat Suaram dekat Petaling Jaya semalam.
Menyifatkan serbuan itu sebagai mengarut, beliau turut berkata, ia bukanlah reaksi yang harus ditunjukkan oleh masyarakat sivil.

Pada 1 Julai lalu, Presiden JMM, Azwanddin Hamzah menyatakan, Suaram tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan mendesak identiti penyumbang Suaram didedahkan.
Pengerusi Suaram, K Arumugan menjelaskan, sumber kewangan Suaram diperoleh melalui sumbangan orang ramai dan pihak persendirian.

“Ia direkodkan ke dalam akaun, setiap maklumat dan tujuan wang yang diguna diaudit dan didokumenkan,” katanya.
Sementara itu, Koordinator Dokumentasi Suaram, Wong Kar Fai menegaskan, Suaram tidak bertindak berat sebelah.

“Kami hanya memihak kepada sesiapa yang melawan penyelewengan dan salah guna kuasa. Jika pemimpin kerajaan turut menentang, kami pasti akan sokong mereka,” katanya lagi.

ROS tak lulus NGO lawan kerajaan
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan pula menjelaskan, situasi NGO berdaftar sebagai syarikat adalah perkara biasa sejak tahun 90an, tetapi banyak permohonan itu ditolak.
“NGO tiada pilihan lain kerana ROS tidak akan luluskan NGO yang dilihat melawan kerajaan,” katanya.

Arutchelvan berkata, PSM sendiri bergelut dengan masalah sama, dan hanya diluluskan sepuluh tahun selepas penubuhannya, iaitu pada Jun 2008 selepas membawanya ke mahkamah.
Permohonan pendaftaran Pakatan Rakyat juga tidak diluluskan, walaupun Ahli Jawatankuasa Pusat, Kamaruddin Jaafar telah dilantik sebagai Pengerusi Pro-Tem Pakatan, menggantikan Datuk Zaid Ibrahim.

ROS menolak permohonan pertama Pakatan selepas Zaid selaku pemohon keluar daripada KEADILAN November tahun lalu./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

1 ulasan:

  1. Berikut adalah peluang pembiayaan 100% bagi Anda yang mencari pinjaman asli, Yayasan Keuangan Perusahaan LLC di sini untuk membantu.
    Mereka menawarkan pembiayaan 100%.
    Mereka Bahkan Bisa Melakukan Industri Minyak dan Gas
    Persyaratan: 1-30Yrs
    Min / maks: $ 3000 - $ 10.000.000
    Consumer Finance sekarang tersedia tanpa opsi pemeriksaan kredit.

    Layanan lainnya termasuk
    Pinjaman Pribadi
    Pinjaman bisnis
    Perbaiki dan Balik Pinjaman
    Pinjaman Proyek
    Pinjaman Modal
    Memulai Pinjaman
    Pinjaman Jembatan
    Pendanaan Real Estat
    Keuangan Peralatan (Semua Industri)
    Keuangan Komersial
    Pinjaman Rehab
    Layanan Pedagang (Pemrosesan Kartu Kredit)
    Pinjaman Modal Kerja
    Pembiayaan Konsumen / Pelanggan (Mebel, Prosedur Medis, Perhiasan, Proyek konstruksi, atap)
    Layanan Kredit
    Catatan Pembelian (otomatis, rumah, catatan lainnya)
    Pembiayaan Traktor
    Pembiayaan Pertanian
    Akuisisi Bisnis
    Anjak
    Pembiayaan Truk
    Bagian Pembiayaan Trailer

    Jika tidak terdaftar, tanyakan !!

    Cepat dan dapatkan kualifikasi melalui: foundationfinancecompanyllc@gmail.com

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...