KUALA LUMPUR 20 Julai: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor,
Azmizam Zaman Huri menggesa polis menyiasat hubungan Pemuda Umno dengan
Liga Pemuda Komunis China (CYLC) sebelum mengaitkan Pakatan Rakyat.
Beliau berkata, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terang-terangan
menjalinkan kerjasama dengan CYLC apabila menubuhkan sekretariat tetap
untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan pertubuhan itu.
“Bukti ini jelas menunjukkan Umno- BN mempunyai hubungan baik dengan komunis. Kenapa polis Cawangan Khas tidak siasat?
” Tidak mustahil fahaman komunis versi baru boleh meresap ke dalam Pemuda Umno disebabkan hubungan baik mereka” sindirnya.
Semalam risikan polis Cawangan Khas Bukit Aman menuduh fahaman
komunis meresapi KEADILAN, PAS dan DAP. Malah polis menuduh individu
yang dikaitkan dengan gerakan terbabit cuba menjadi calon dalam pilihan
raya umum akan datang.
The Star pada 12 Oktober 2009 menyiarkan hasrat Khairy menubuhkan
sekretariat tetap bagi mengukuhkan hubungan antara Barisan Nasional (BN)
dengan CYLC.
Dalam laporan itu Khairy berkata hubungan antara BN dan parti komunis
China disebabkan kedua-duanya adalah parti pemerintah dan perlu
diwujudkan hubungan baik untuk kepentingan perdagangan dan pelaburan.
Malah Khairy berkata Komunis pada masa kini mengamalkan dasar terbuka dan mereka tidak lagi mengganas dalam hutan.
Mengulas kenyataan itu, Azmizam berkata Khairy membuktikan tuduhan
kononnya Pakatan Rakyat diresapi pengganas Komunis tidak relevan.
Beliau menambah, Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka dan tidak masuk akal jika fahaman tersebut boleh meresapi Pakatan Rakyat.
Tambahnya, Umno BN menggunakan taktik baru iaitu memainkan isu komunis untuk menyemai kebencian rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
“Sekarang ini Umno BN cuba mengulangi kaedah sama dengan melibatkan polis bertujuan menakut-nakutkan orang ramai,” katanya./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...