Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Julai 14, 2012

Agamawan Umno ‘bisu’ bila pimpinan umno/BN mungkar - DSAI

KUALA LUMPUR 13 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak golongan agamawan Umno yang
menikus terhadap kemungkaran oleh pimpinan BN.
“Semua orang tahu anak Mahathir (Mohamad), Mirzan beli syarikat arak, San Miguel. Oh…kalau anak muda minum arak kamu hukum, mahu rotan, mahu penjara.

“Tapi pada pemimpin Umno, kamu diam! Ada kita dengar fatwa? Tidak ada…,” kata Anwar di hadapan 3,000 hadirin sempena Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Petaling Utama, malam tadi.

Dalam ucapannya, beliau turut menyelar sikap pemimpin Umno BN yang sering meniup sentimen perkauman dan keagamaan.

Katanya, negara memerlukan barisan anak muda untuk mengubah sistem negara yang penuh kebencian dan perkauman.

Beliau mengimbas khutbah pertama ulama tersohor dunia, Sheikh Yusof Al-Qaradawi di Dataran Tahrir selepas kejatuhan rejim Hosni Mubarak, di hadapan tiga juta rakyat Mesir, 18 Februrari lalu.

“Bab pertama (yang dikatakannya), tentang demonstrasi; ‘Bekerjasamalah kamu untuk ketaqwaan dan kebaikan, untuk
menolak kezaliman dan penindasan’.
“Bab kedua; ‘anak muda Muslim dan bukan Islam mesti menegakkan kalimatul-haq, kebenaran, kemuliaan manusia dan keadilan,” kata Anwar.

“Sebab itu, ketika Yusof Qaradawi menyampikan khutbahnya, berpuluh ribu orang bukan Islam turut sama mendengar.
Siapa mereka? Mereka ialah penganut Kristian Gereja Koptik. Kerana apa mereka datang? Kerana hormat kepada pemimpin dan ulama besar dunia,” tambah Anwar lagi./KeadilanDaily


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...