Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, Jun 02, 2012

Warning!! SPRM jangan berat sebelah- AMK

Scorpene: SPRM jangan berat sebelah- AMK

SHAH ALAM 1 Jun: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak bersikap berat dalam menyiasat rasuah Scorpene melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat pertahanan Perancis.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian ketika menyampaikan memorandum menuntut suruhanjaya itu membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
Pertama, katanya, bersabit komisen USD1 bilion yang diminta Datuk Seri  Najib Razak ketika menjadi Menteri Pertahanan dan penerimaan komisen Euro 36 juta oleh Syarikat Terasasi Sdn Bhd, milik Abdul Razak Baginda dan bapanya.

Manakala kedua berhubung kos penyelengaraan Scorpene yang mencecah hampir RM1 bilion sepertimana dijelaskan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi.
“AMK melihat ada kewajaran yang sangat mendesak bagi SPRM untuk membuka siasatan kes ini tanpa prejudis,” kata Shamsul ketika menyerahkan memorandum berkenaan di Ibu Pejabat SPRM, Shah Alam.

Menurutnya, kuasa yang diperuntukkan kepada suruhanjaya itu tidak sewajarnya digunakan untuk melakukan pendakwaan terpilih, khususnya kepada pihak yang mengancam kedudukan politik Umno-Barisan Nasional.

Katanya, tindakan SPRM membuka kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali seolah-olah menunjukkan suruhanjaya itu menjadi alat kepada pemerintah.
“Ini melucukan, di saat mantan Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang bertanggungjawab pada waktu tersebut, Datuk Shafee Yahya secara terbuka menafikan wujud salahguna kuasa oleh YB Azmin,” katanya.

Beliau turut mengaitkan tindakan SPRM membebaskan tuduhan terhadap Datuk Shahrizat Jalil dalam skandal National Feelot Corporation (NFCopr).
“Kes yang mempunyai kredibiliti yang kuat untuk didakwa, melibatkan hubungan keluarga dan mempengaruhi kepentingan keputusan kerajaan, ditutup SPRM tanpa alasan yang kukuh” kata beliau.

“Tunjukkan kepada rakyat bahawa SPRM adalah badan yang berintegriti dan tidak memihak. Jangan diibaratkan ‘limau masak sebelah, karam kapal sekerat’.  Jangan melenting sekiranya SPRM digelar Suruhanjaya Perlindungan Rasuah Menteri-Menteri,” sindir beliau./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...