PERMATANG PAUH 3 Jun: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan
pendakwaan terpilih dalam kes melibatkan pimpinan Umno dan KEADILAN.
Menurutnya, SPRM sepatutnya mengambil tindakan terhadap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil atas penglibatannya dalam penyalahgunaan dana National Feedlot Corporation (NFCorp).
Namun Kata Anwar, SPRM membebaskan tuduhan terhadap Shahrizat, meskipun banyak pendedahan dibongkar bagi membuktikan peranan beliau dalam kes itu semasa menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Sebaliknya kes (Timbalan Presiden KEADILAN) Azmin Ali pada tahun 1995 yang telah pun ditutup kerana didapati tidak mempunyai unsur rasuah oleh BPR ketika itu, kini dibuka semula bagi mengalih pandangan sebenar isu membabitkan penyelewengan kepimpinan Umno dan BN,” katanya ketika berucap di Taman Guar Perahu, Penanti di Permatang Pauh semalam.
“Biar mereka buat pendakwaan terpilih, kita akan terus membongkar dan mendedahkan penyelewengan kepimpinan Umno-BN yang semakin parah dan melampau kebelakangan ini, ” ujarnya di hadapan lebih 10 ribu hadirin.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, rakyat mampu menilai bagaimana pemimpin Umno yang kebas wang rakyat, boleh bebas.
“Ada bukti, ada dokumen sahih penyelewengan NFC, mereka kata menteri tidak terlibat. Begitu mudah mereka membuat keputusan tanpa dibawa ke muka pengadilan.
“Inikah kerajaan yang kita mahu biarkan terus memerintah negara dalam pilihan raya umum yang akan datang?, ” tanya Anwar sambil laungan ‘ tidak’ disambut hadirin.
Jelasnya lagi, jika negara terus dipimpin Umno-BN, lebih banyak wang negara akan ‘dilahap’ oleh ‘penyangak’ dan perasuah, manakala rakyat akan tambah menderita.
Hadir sama dalam ceramah Merdeka Rakyat tersebut ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man dan Badrul Hisham Shaharin atau Che’gu Bard./KeadilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel

Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...