Harakahdaily, | 15 Jun 2012 |
KUALA LUMPUR:
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menganggap paruntukan yang diterima
oleh ahli Parlimen BN sebanyak RM 1.5 juta menandakan bahawa BN sudah
berada dalam keadaan terdesak untuk terus berkuasa.
“DPPM mempersoalkan, apakah jentera BN sudah terlalu lemah sekarang
sehingga terpaksa disuntik dengan RM1.5 juta lagi bagi memulihkan
jentera mereka yang semakin lesu di bahagian-bahagian?
“Atau mungkinkah segala program yang mereka laksanakan selama ini
belum mampu ‘menjinakkan’ hati pengundi-pengundi untuk bersama mereka
sehingga terpaksa ditambah dengan jumlah yang besar bagi membeli hati
mereka?” tanya Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Katanya, kemungkinan juga peruntukan ini sebagai tanda mengikat
kesetiaan ahli Parlimen BN dengan BN ekoran adanya khabar angin mendakwa
beberapa orang ahli Parlimen BN terutama dari Sabah yang akan
‘melompat’ parti kebelakangan ini.
Malah, ujar Riduan terdapat juga khabar angin bahawa beberapa orang
ahli parlimen BN dari semenanjung turut menyuarakan hasrat yang sama
untuk melompat parti menyeberang ke Pakatan Rakyat.
“Kesemua perkhabaran ini meresahkan Perdana Menteri dan bagi
meredakan kekusutan ini, beliau sanggup menyerahkan sejumlah RM1.5 juta
untuk dibelanjakan di parlimen masing-masing,” ujarnya kepada
Harakahdaily.
Sehubungan itu, ujarnya lagi DPPM mempersoalkan dari mana Barisan
Nasional memperolehi duit sebanyak itu sehingga mampu berbelanja beratus
juta ringgit sebagai peruntukan kepada setiap ahli parlimen mereka.
Tambahnya, ini belum dikira dengan jumlah yang mereka telah serahkan
sebelum ini dan akan serahkan semasa kempen pilihan raya umum nanti.
Katanya, jika ianya datang dari duit kerajaan, mengapa tidak
disalurkan juga kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat kerana pengundi di
kawasan mereka juga adalah rakyat di negara ini yang layak mendapat
segala kemudahan sebagaimana rakyat di parlimen dimenangi oleh BN.
Menurutnya, peruntukan besar itu menandakan BN hanya mampu bertahan
melalui duit yang mereka taburkan untuk memastikan jentera mereka
bergerak mengikut arahan.
“Duit inilah yang terus menyambung hayat mereka kepada suatu tempoh
tertentu sehingga mereka tidak lagi peduli berapa banyak lagi duit
rakyat dan kerajaan terpaksa dihabiskan bagi ‘membela’ ahli dan pemimpin
parti mereka.
“DPPM yakin, talian hayat ini akan terhenti dan riwayat hidup BN akan
tamat sepenuhnya jika mereka kalah dalam PRU13 kerana tiada lagi
peruntukan yang akan mereka nikmati seperti sekarang,” katanya.
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...