KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap pengkhianat
terhadap agama Islam sekiranya beliau memutuskan untuk memanggil
pilihan raya umum ketika musim haji.
Ia kerana tindakan itu
dilihat sebagai menafikan hak orang Islam untuk mengundi, sedangkan
begitu banyak tarikh yang lebih sesuai untuk diadakan pilihan raya umum.
Demikian dinyatakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali ketika sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.
Menurutnya,
jika pilihan raya dilaksanakan pada ketika itu, ia akan menafikan hak
lebih 30,000 umat Islam yang dijangka mengerjakan haji untuk mengundi.
"Sebab
dengan pilihan raya ini, sesuatu Dun itu boleh kalah dengan majoriti
kurang dari 50, 60 begitu. Manakala, kalau di peringkat parlimen pula
mungkin dalam majoriti 100 hingga 200 undi. 300 orangs etip kawasan
boleh memberikan 'warna' yang berlainan," tegas beliau.
Justeru,
Mustafa berkata, sebagai seorang Perdana Menteri yang beragama Islam,
Najib perlu faham dengan sensitiviti berkaitan agama Islam.
Beliau
bagaimanapun, mendesak Najib memberi jaminan tidak mengadakan pilihan
raya umum pada musim haji bagi menghentikan polemik berkaitan isu
tersebut.
"Polemik mengenai isu pilihan raya ketika musim haji
ini boleh dihentikan dengan cara mudah iaitu Najib tidak mengadakan
pilihan raya pada musim haji. Kalau dia putuskan tidak buat waktu itu,
selesai polemik kerana bagi kita menunaikan haji itu wajib, dalam masa
sama mengundi juga wajib," tegas beliau lagi.
Dalam pada itu,
Mustafa berkata polemik mengenai isu itu menunjukkan perlunya tarikh
pilihan raya ditentukan lebih awal agar rakyat tidak tertanya-tanya.
Sehubungan
itu, beliau meminta mufti-mufti yang ebrda di dalam Umno agar
menasihati Perdana Menteri itu agar tidak membuat pilihan raya pada
musim haji seperti yang pernah diadakan sebelum ini.
Semalam,
Najib mengatakan pihaknya tidak menolak kemungkinan pilihan raya umum
akan berlangsung pada musim haji kerana ia pernah berlaku sebelum ini./HarakahDaily
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...