Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, Jun 11, 2012

Panas!!!! Pengadu mahu Mat Sabu dibebas... Luar Biasa!!!!

Kes Bukit Kepong: Pengadu mahu Mat Sabu dibebas
OTHMAN YAHAYA
11 Jun 2012
Kes Bukit Kepong: Pengadu mahu Mat Sabu dibebas
Mat Sabu (depan) diiringi penyokong dan peguamnya sebaik tiba di Mahkamah Butterworth
untuk menghadapi prosiding perbicaraan.
 
BUTTERWORTH - Perbicaraan hari pertama membabitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkaitan isu kenyataan berkenaan dengan komunis Bukit Kepong di Mahkamah Butterworth di sini, hari ini yang awalnya dijangka akan berlangsung panas bertukar mengejutkan banyak pihak.

Ini kerana saksi pertama,Visva Nathan,75, pesara polis yang dipanggil memberi keterangan, tiba-tiba mengejutkan semua yang hadir mengikuti perbicaraan itu apabila membuat pengakuan memfitnah Mohamad, yang turut dikenali sebagai Mat Sabu, dan  pada masa yang sama, meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut semata-mata.

"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebaik selesai membaca dua laporan akhbar berbahasa Melayu dan teks ceramah Mat Sabu yang jelas menyatakan tiada perkataan komunis yang tertera dan diucapkan oleh tertuduh yang menjadi asas pendakwaan itu.

Pengakuan pesara polis dari Raub, Pahang itu dibuatnya selepas diasak bertubi-tubi oleh peguam bela Muhammed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu, berkaitan ketiadaan perkataan komunis yang diungkapkan oleh Mat Sabu dalam akhbar yang menyiarkan berita berkenaan.

Malah saksi itu juga mengaku tidak terdapat perkataan komunis dalam teks ucapan Mat Sabu selepas ditunjukkan kepadanya semua dokumen berkenaan semasa berdiri dalam kandang saksi dalam prosiding, hari ini.

Beliau turut berkata, dakwaan terhadap Mat Sabu yang terkandung dalam laporan polis yang dibuatnya pada 27 Ogos tahun lalu berkaitan isu itu hanya bersandarkan pada laporan akhbar bahasa Melayu yang dibacanya.

Pada awal perbicaraan beliau menjawab dengan tenang semua soalan yang dikemukan oleh Muhammed Hanipa, tapi nadanya bertukar sebaliknya sebelum didengar mengiyakan dan memohon maaf atas perbuatannya itu.

Sebaik Nathan berbuat demikian,suasana mahkamah yang hening sebelumnya bertukar menjadi hampir bising apabila hadirin mula menghela nafas termasuk berpandangan antara satu sama lain dan berada dalam kehairanan.
Bagaimanapun suasana berjaya ditenangkan oleh pegawai polis yang bertugas dengan meminta hadirin diam dan menumpukan perhatian kepada perbicaraan.

Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.

Mat Sabu diwakili oleh barisan peguam yang terdiri dari Muhammed Hanipa, Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala pendakwaan dikendalikan oleh Yusaini Amer Abd Karim.
Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 13, 16 dan 17 Jun ini untuk sambungan perbicaraan.

Sementara itu Muhammed Hanipa yang ditemui berkata, pihaknya akan tetap membuat rayuan kedua di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk mengenepikan dakwaan yang dikenakan terhadap Mat Sabu selepas usaha pertama berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu ditolak.

Mat Sabu yang mengenakan baju kemeja putih dilihat sering tersenyum sepanjang prosiding berlangsung termasuk ketika berada dalam kandang orang kena tuduh./SinarHarian


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...