SABAH 18 Jun: Pemimpin Umno Sabah yang disebut-sebut bakal menyertai KEADILAN, Datuk Seri Lajim Ukin meletak
jawatan selaku Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah.
jawatan selaku Ketua Cawangan Umno Kerambai Kebatu sehari selepas Datuk Seri Najib Razak melawat Sabah.
Beliau
yang sebelum ini juga mengumum enggan pertahan jawatan Ketua Bahagian
Umno Beaufort sudah menghantar surat peletakan jawatan itu kepada
Setiausaha Umno Bahagian Beaufort baru-baru ini.
“Langkah pertama tidak pertahankan kerusi ketua bahagian dan langkah
kedua, letak jawatan ketua cawangan. Langkah ketiga, tunggu dan lihat,?
katanya dipetik sebuah akhbar berpangkalan di Sabah.
Beliau dilapor berkata demikian depan lebih 5,000 penyokongnya pada sambutan hari lahirnya di rumahnya di Kampung Kaundu Kebatu.
Lajim ialah Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan Ahli
Parlimen Umno kawasan itu sejak beberapa penggal, selain pernah menyandang Timbalan Ketua Menteri Sabah dan
beberapa jawatan penting lain.
“Saya yakin jika rakyat menolak saya, kehadiran mereka pada majlis
malam ini tidak akan seramai begini. Ini kerana majlis ini dibuat tanpa
jemputan, hanya sambutan hari jadi.
“Dalam politik, kita tidak boleh menjadi pemimpin hanya menurut kehendak pihak tertentu,” katanya.
Mengikut laporan itu, Lajim memberi jaminan akan terus berkhidmat
dalam Parlimen Beaufort walaupun ‘dalam wadah yang berbeza’ demi membawa
agenda peru bahan untuk rakyat.
Mengulas hal itu, Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr
Roland Chia Ming Shen menyifatkan tindakan Lajim itu permulaan kepada
gelombang perubahan di Sabah kerana bukan rakyat bukan sahaja menolak
Umno, bahkan pemimpin Umno.
Bercakap kepada Keadilan Daily, tindakan Lajim itu didorong berikutan wujud pergolakan dalaman Umno yang kronik di
Sabah./KeadilanDaily
Sabah./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...