KUALA LUMPUR 21 JUN: Mustahil Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkenal
sebagai pendendam, akan melepas peluang mengheret Datuk Seri Anwar
Ibrahim ke mahkamah jika akaun RM3 bilion benar-benar wujud.
“Ingat Mahathir boleh bagi peluang saya hidup jika akaun itu betul
wujud? Sedangkan dulu tak ada kes pun beliau boleh belasah dan
penjarakan saya,” kata Ketua Pembangkang itu.
Ketua Umum KEADILAN itu, berkata tindakan pasti diambil Mahathir sejak 12 tahun lalu jika akaun berkenaan, terbukti wujud.
Berucap depan lebih 2,000 rakyat di Setiawangsa, beliau memberi
penjelasan betapa siasatan kes itu sudah lama ditutup kerana ternyata
tiada bukti.
Katanya, ia disokong akuan sumpah dari bekas Pengarah Siasatan Badan
Pencegahan Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris yang mengetuai siasatan kes
itu.
Akuan bersumpah itu dibuat setelah sepasukan pengawai BPR menjalankan
siasatan terperinci hingga ke Singapura dan United Kingdom.
“Tapi sekali lagi, bila terbukti tiada kes terhadap saya, Mahathir mengarahkan Razak jangan beritahu sesiapa.
“Di Parlimen, ada beberapa ahli parlimen BN mengganggu perbahasan
dengan menjerit ’3 bilion’ lalu saya duduk dan minta mereka bangun untuk
bertanyakan soal itu.
“Tak ada pula yang nak bangun. Kamu guna media seperti TV3 dan Utusan
untuk hina saya tapi bila saya cabar berdepan, semua ‘kelu lidah’ tidak
berkata,” katanya.
Anwar
juga menolak fitnah kononnya Mahathir akan dituduh dengan tuduhan palsu
sebagai membalas dendam apabila Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.
“Saya tak pernah berniat jahat. Sekalipun untuk heret sesiapa ke
penjara jika Pakatan menang pilihan raya. Tak kiralah Mahathir, Najib
mahupun Rosmah.
“Saya cuma mahu buktikan kita boleh tadbir negara dengan baik,” katanya yang disambut tepukan gemuruh./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...