Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Jun 21, 2012

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Dr Asri: Pilihan raya waktu haji satu kesalahan

Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.

"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.

NONE"Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.

"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi, perkara itu sebenarnya pernah diulas ramai ulama, termasuk Ibn Hajar dalam bukunya berjudul Fathul Bari yang mengulas hadis-hadis sahih Bukhari.

Asri juga menggesa agar ulama yang mengkaji perkara itu agar "memahami dan melihat hukum pada dimensi yang lebih luas".

Polemik pilihan raya umum sewaktu musim haji mula timbul apabila Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru anggota parti itu yang terlibat langsung menangguhkan ibadah tersebut jika pilihan raya
berlangsung pada tempoh masa sama.

Mufti Perlis sependapat, S'gor sedikit berbeza

Seruan itu dibuatnya kerana PAS memerlukan ahli-ahlinya untuk
menggerakkan jentera kempen sewaktu pilihan raya.

Turut mengulas perkara itu sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang berpendapat pilihan raya pada musim haji tidak wajar kerana ia bakal melemahkan umat Islam.

Menurutnya, langkah itu jika dilaksanakan adalah satu tindakan tidak adil kepada umat Islam dan akan menyebabkan umat Islam lemah dari segi politik.

“Janganlah mewujudkan fitnah dan kekeliruan kepada umat Islam dalam soal ibadat mereka kerana kecelaruan dan perangai kurang cerdik orang politik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Sementara itu, Mufti Selangor Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pula mengambil pendirian sedikit berbeza apabila berpendapat haram bagi mereka yang pertama kali berpeluang menunaikan haji menangguhkannya demi mengundi dalam pilihan raya.

"Bagi mereka yang berniat untuk mengerjakan haji dan ini adalah kali pertama, di mana cukup bekalannya sepanjang berada di sana dan cukup bekalan yang ditinggalkan untuk ahli keluarganya di sini dan aman perjalanannya, maka hukumnya wajib.

“Jika dibatalkan niat itu hanya kerana perkara duniawi... sekiranya dia meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji maka matinya dalam keadaan jahiliah," beliau dipetik sebagai berkata./MalaysiaKini


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

1 ulasan:

  1. Wahai pemimpin Umat Melayu Naif Otak... tak payah la buat pilihanraya tu pada musim haji kan tak timbul prtikaian umah!!!
    Ya para mufti & cendikiawan, kalian boleh berfatwa & berhujah utk menghalalkan pilihanraya sekiranya dilakukan pda musim haji. Yg pasti, bukan setakat penyokong2 PAS & PR sahaja yg gusar jika pilihanraya dilakukan pda musim haji malah penyokong2 & pengampu2 UMNO BN juga agak gelabah dgn cerita2 tersebut! mereka pun nak memenangkan parti & pemimpin2 idola mereka.
    Dari dok menimbulkan keresahan & prasangka, semoleknya lah tak perlulah pilihanraya dibuat pda musim haji!
    Bagi la peluang rakyat Malaysia yg merupakan sebahagian penyokong2 parti2 bertanding dlm pilihanraya nanti utk mereka melakukan ibadah haji masing2 dgn tenang! Beri peluang kepada mereka secara saksama.
    Aku rasa penyokong2 UMNO BN lah yg paling ramai pergi haji kelak kerana kesempatan berada di Tanah Suci nanti membolehkan mereka berdoa utk memenangkan parti nenek moyang mereka pda PRU 13 tu nanti!!
    Al maklum aje la.. di Malaysia ni bukan ada tempat2 khusus yg Allah janjikan kemustajaban nya utk dimakbulkan doa hamba2 NYA maka...
    Tepuk dada tanya iman..

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...