KUALA LUMPUR 14 Jun: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara
negara diberi kepada keluarga menteri.
Menurutnya,
dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama
Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai
Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.
“…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma
Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada
keluarga menteri.
“Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam
(DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan
tertutup?” soalnya lagi.
Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang
mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi
Sdn Bhd.
Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System
(M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.
Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah
menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.
“Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan,” katanya.
“Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan
dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari
mereka,” jelas Izzah lagi.
Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk
Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N
Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai
sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.
Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati
Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di
Itali, Cyprus, Panama dan Namibia./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...