PETALING JAYA - Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Tan Sri Muhyiddin
Yassin mendedahkan aset dan akaun miliknya jika mahukan penjelasan
beliau berkenaan dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk,
membabitkan harta RM3 bilion seperti terkandung dalam akuan berkanun
bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid, 13 tahun
lepas.
"Saya mencabar Muhyiddin untuk dedahkan semua akaun dan aset yang beliau ada, baru saya akan dedahkan akaun dan segala aset yang saya ada secara terbuka," kata Ketua Pembangkang itu di sini, petang ini.
Tegas Anwar, beliau bersedia untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak berwajib tetapi hanya akan dilakukan jika Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyahut cabarannya.
"Saya mencabar Muhyiddin untuk dedahkan semua akaun dan aset yang beliau ada, baru saya akan dedahkan akaun dan segala aset yang saya ada secara terbuka," kata Ketua Pembangkang itu di sini, petang ini.
Tegas Anwar, beliau bersedia untuk menyerahkan segala dokumen kepada pihak berwajib tetapi hanya akan dilakukan jika Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyahut cabarannya.
"Kenyataan yang diberi Muhyiddin itu jelas menunjukkan yang beliau
terdesak hingga terpaksa mengaitkan isu ini dengan saya," kata Ketua
Umum Pakatan Rakyat (PR) ini ketika ditemui selepas sesi dialog Agenda
Ekonomi Malaysia hari ini.
"Jika benar saya bersalah berhubung isu ini, saya yakin saya ditahan
dan disiasat sejak tahun 1998 lagi," ulas beliau yang dipecat dari
jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal
September 1998.
Pagi tadi, Muhyiddin menggesa Anwar menjelaskan segera dakwaan berhubung pemilikan 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.
Timbalan Perdana Menteri berkata, dakwaan berkenaan bukan perkara kecil
dan dengan itu Penasihat PKR itu perlu bertanggungjawab untuk
menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat.
"Angka (RM3 bilion) yang disebut adalah besar. Jadi, ia merupakan
tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk memperjelaskannya. Apakah benar
atau tidak. Rakyat hendak tahu... pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang
membuat tuntutan supaya penjelasan dibuat pun mewakili kumpulan rakyat
yang bukan sedikit.
"Kalau tidak betul, Anwar harus mengambil tindakan terhadap pihak yang
membuat dakwaan termasuk bekas Penolong Gabenor Bank Negara," katanya.
Selasa lepas, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dilaporkan
menimbulkan persoalan mengenai status siasatan Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pendedahan Abdul Murad.
Ibrahim dilaporkan berkata, dalam pendedahan bekas Penolong Gabenor
Bank Negara, yang dibuat menerusi akuan berkanun itu antara lain
mendakwa, Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham
dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion, yang diperoleh
ketika beliau menjadi Menteri Kewangan pada akhir 1990-an.
Akhbar hari ini pula melaporkan beberapa NGO turut menggesa SPRM supaya
menyegerakan siasatan mengenai dakwaan berkenaan memandangkan ia
merupakan perkara berkepentingan awam./SinarHarian
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...