Anwar: Isu Rafizi & Faekah bukan krisis
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu peletakan jawatan Pengarah
Strategi PKR Rafizi Ramli daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor
dan isu sekitar pegawai kanan menteri besar Faekah Husin bukanlah krisis
politik.
Menurut Anwar - penasihat ekonomi Selangor - Rafizi meletakkan jawatan bagi memfokuskan tenaganya kepada kerja-kerja parti.
Rafizi akan membuat kenyataan bagi menjelaskan situasi sebenar, kata Anwar yang juga ketua pembangkang dan ketua umum PKR.
Rafizi kini berkhidmat sepenuh masa untuk parti setelah menimbangkan tindakan itu sejak tahun lalu, kata Anwar kepada pemberita di Pulau Pinang.
Rafizi pada 21 Jun membuat keputusan mengejut itu atas alasan perlu berehat, memberi tumpuan kepada ibadat dan ia "tiada sebarang dimensi politik".
Beliau juga berkata, semua pertanyaan selepas itu hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau Anwar sendiri.
Sementara itu, Anwar juga ditanya tentang surat menyurat antara Khalid dan Faekah, sebuah firma guaman dan syarikat berkaitan kerajaan Selangor./MalaysiaKini

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...