Harakahdaily, | 27 Mei 2012 |
KUALA LUMPUR, 27 Mei: Artikel blog daripada http://al-hajari.blogspot.com
membongkar mengapa kuliah perdana Ustaz Azhar Idrus di PICC yang
dijadualkan pada 26 Mei telah dibatalkan adalah artikel paling popular
di Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke 21.
Di tempat kedua juga diungguli oleh artikel blog bergambar http://kerabubersuara.blogspot.com mengisahkan betapa besarnya pengaruh Ustaz Azhar Idrus dengan wanita Yang Telah Berhijrah Menutup Aurat.
Artikel membongkor siapa Shahrul Nasrun Kamarudin, yang menyerang
rumah Datuk S Ambiga minggu lalu menduduki tempat ketiga. Rupa-rupanya
beliau ialah CEO Red Carpet, syarikat pengurusan program yang kantul
akibat kegagalan 'Karnival Kelantan Fiesta 2010' selepas diserang ribut.
Artikel bergambar daripada http://naimnikmat.blogspot.com mengisahkan bagaimana cara biasa Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat bersama rakyat menduduki tempat keempat.
Di tempat kelima ialah artikel bergambar kelakar daripada http://naimnikmat.blogspot.com yang mempersoalkan adakah Umno kini berhadapan dengan sabotaj parti.
Berikut ialah 10 artikel terhangat Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu, 20 Mei hingga 26 Mei, 2012.
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...