Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, Mei 15, 2012

TGNA Bagi Pukulan!!! Baik Buat Mufti Perak dan Perlis

May 14, 2012
KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya.

Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.
Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar) berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.

Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”
Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan kerusi politik.

Dipetik Berita Harian Online, beliau bersedia mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan Islam dalam nama parti.

“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,” katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.
“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.

Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap status tersebut.

Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.

“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan Islam.

“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya.
Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”
Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti itu.
Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.

“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.

Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik Aziz.

Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0 tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang awam./TheMalaysiaInsider

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

7 ulasan:

  1. Kau pukul Mufti perak ya, skrg aku pukul kau pulak ok?

    Aku hairan mengapa kau tidak mau melaksanakan hukum HUDUD di Kelantan setelah lebih 20 thn memerentah Kelantan,

    a) Apakah kau takut kepada BN lebih TAKUK KEPADA ALLAH
    b) Kau takut ISA lebih dp takut kpd Neraka ALLAH
    c) Kau takut hilang penundi bukan Melayu
    d) Kesemua di atas

    Soalan di atas kau belum lagi jawab dg memuaskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. E) yang bertanya pun ngok ngek....
      kalau berani pergila tanya secara berdepan...setakat dlm blog...boleh jalan da....

      Padam
  2. Tanpa Nama lebih baik kau pakai samaran Tanpa Otak. Bangang tak sudah2. Kau dulu sekolah ke tidak? Dah berpuluh kali orang jawab soalan bangang kau ni, tak ye faham2 lagi. Kalau kau pandai baca, tolonglah baca balik apa PM2 UMNOngok kau cakap(ugut) bila PAS Kelantan nak laksanakan hudud di Kelantan. Janganlah tunjukkan kebodohan dan kejahilan yang amat sangat dalam blog ni.

    BalasPadam
  3. Maksud kau dia lebih takut dg UMNO dp ALLAH??
    Apa jenis manusia ni??

    BalasPadam
  4. Apala bodoh sangat lembu umno ni..
    jawapan
    a. Kerajaan kelantan dah buat dah undang2 dan kerajaan pusat tak nak berkerjasama.. jadi kerajaan pusat la perlu bertangunjawab dan menguatkuasakan undang2 tu. Polis,mahkamah dan yg berkaitan dgn kerjaan pusat.
    b.Kalau kamu benar beriman dgn Allah kamu tak buat soalan bodoh ini.
    c.apa nak takut orang bukan melayu pun dah faham pasa hudud ni.. bukti jelas semasa aku berborak dgn seorang cina aku ada tanya pasa hudud... apa dia jawab apa mahu takut kalau kita tak bersalah sedangkan itu hanya di pakai untuk orang islam saja...
    d.kalau kamu orang islam yg beriman dgn quran dan sunah kamu pasti bersama parti islam ini...kerana pas satu satunya parti yg berpegang teguh dgn undang2 quran dan sunnah nabi...
    kamu lihat sendiri la Tok guru2, alim ulama majoritinya semua di di dlm PAS... terima ksih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku dulu pun ahli PAS tetapi duk tunngu hudud tak tiba2 macam tunggu kucing bertanduk, dan setelah Negara Islam disemadikan oleh Negara Kebajikan dan buku Jingga Aku terus keluar. Nyata Allah telah menarik balik peluang yang diberi kpd Nik Aziz selama hampir 20 thn untuk melaksanakan HUDUD.
      Apa yang hendak takut sangat dg ugutan PM2 UMNO tu, jalankanlah sahaja hukum hudud yang di canangkan bertahun2 dulu, Paling berat pun hukuman yg akan di kenakan ISA (skrg telah pun dimansuhkan).

      Pilot kamakazi Jepun lebih kuat kepercayaan sehingga sanggup mati kerana negaranya.

      Padam
    2. Kamu ni betul2 lembu... kah kah kah kah bodoh!!!!!!!!!

      Padam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...