PETALING JAYA 14 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) kini dalam peringkat
akhir menyiapkan senarai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13)
yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti komponen dalam
Pakatan telah mengemukakan calon masing-masing dan akan diputuskan
secepat mungkin.
“Keseluruhannya telah diselesaikan. Parti telah kemukakan senarai
calon tetapi mengikut tradisi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, senarai
terbabit akan dimaklum untuk diputuskan bersama.
“Di Sabah dan Sarawak juga sedang berjalan, tetapi kalau ada
perkembangan baru yang menarik, Pakatan Rakyat perlu merujuk pandangan
rakan-rakan di sana,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan
mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata,
rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan telah 90 peratus siap dan
pimpinan tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa
terdekat untuk memuktamadkannya.
“Kita tak boleh beritahu tarikh secara terperinci, tetapi apa yang
saya boleh katakan ia akan diputuskan secepat mungkin, kurang daripada
seminggu,” katanya.
Spekulasi tarikh pilihan raya hangat diperkatakan selepas Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib berucap pada majlis Sambutan Ulang Tahun Umno
Ke 66 pada 11 Mei lalu.
Najib secara sinis dilaporkan kononnya mahu bertemu Yang Dipertuan
Agong untuk membubarkan Parlimen selepas menyaksikan sambutan daripada
penyokongnya pada hari tersebut.
Bloger-bloger turut meramalkan PRU ke 13 akan diadakan pada 9 Jun
manakala hari penamaan calon pula dijangka 26 Mei. Ramalan itu
berdasarkan cuti sekolah selama dua minggu bermula 28 Mei.
Anwar ketika ditanya mengenai desas desus tarikh PRU, beliau secara
berseloroh bertanya kembali kepada pemberita sama ada menerima apa-apa
maklumat berkenaan pembubaran Parlimen oleh Najib.
“Anda media mesti tahu, ada tak Najib pergi ke Istana hari ini,” katanya disambut gelak tawa pemberita.
Hadir sama, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang./KeadilanDaily
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...