KUALA LUMPUR: PKR hari ini mendakwa Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
menyalahgunakan dana awam untuk membiayai sebuah pertubuhan haram.
Mereka
juga mendakwa mempunyai bukti bahawa kerajaan menyalurkan hampir RM5
juta setahun kepada pertubuhan haram itu yang dikenali sebagai Majlis
Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) yang dianggotai ketua-ketua
Wanita Umno di setiap kawasan parlimen.
"Semakan dengan
Pendaftar Pertubuhan mengesahkan bahawa MPWK tidak berdaftar dan
dikategorikan sebagai pertubuhan haram," kata Ketua Wanita PKR Zuraida
Kamaruddin dalam satu kenyataan.
Menurut Zuraida lagi, pihaknya
juga mempunyai bukti bagaimana kerajaan menanggung perbelanjaan satu
program mewah di hotel mahal yang dihadiri oleh keseluruhan jentera
kepimpinan Wanita Umno seluruh Malaysia, atas nama MPWK itu.
"Pembiayaan
aktiviti parti dan perbelanjaan yang memberi manfaat kewangan kepada
pimpinan parti dengan menggunakan wang rakyat dan dana kerajaan adalah
satu kesalahan besar di sisi undang-undang.
"Ini adalah
penyelewengan dan salahguna kuasa yang nyata yang telah dilakukan oleh
Wanita Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Shahrizat Jalil," katanya
lagi.
Bubar segera
Sehubungan itu beliau mendesak Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai pemangku Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat membubarkan serta merta MPWK dan dan
menghentikan semua perbelanjaan dan dana yang disalurkan kepada MPWK.
Beliau
juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan
penyiasatan serta merta untuk menentukan sejauh mana salahguna kuasa
telah berlaku sejak 2001.
"Datuk Seri Shahrizat Jalil (perlu)
meletak jawatan serta merta sebagai Ketua Wanita Umno kerana telah
terbukti beliau terbabit di dalam penyalagunaan wang rakyat; dan
"Wanita
Kkeadilan akan terus mengemukakan bukti sekiranya tidak ada maklumbalas
dari Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan SPRM,"
katanya./HarakahDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...