Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, Mei 24, 2012

Blogger Umno BN fitnah DAP.... Tapi bodoh dan memalukan..


Fitnah: Guan Eng berumur 8 tahun pada 13 Mei 1969
 
BENTONG, 24 Mei: Adalah menjijikan dakwaan blogger Umno BN bahawa Lim Guan Eng terlibat dengan Peristiwa 13 Mei 1969 kerana beliau berumur lapan tahun ketika itu.

Justeru, bagi Lim Kit Siang (gambar), dengan menggunakan internet atau laman sesawang, blogger pro Umno BN telah menyebarkan fitnah yang dahsyat bahawa beliau telah bertanggungjawab rusuhan 13 Mei 1969.

Blogger Umno BN juga menuduhnya merayau-merayau di jalanan Kuala Lumpur setelah keputusan pilihan raya 1969 dibuat, sambil merejamkan tohmahan anti-Melayu yang telah mencetuskan rusuhan 13 Mei.

“Sebenarnya, saya tidak berada pun di Kuala Lumpur pada 10, 11, 12 dan 13 Mei 1969, sesuatu yang boleh disahkan oleh media massa pada masa itu dan berdasarkan rekod polis yang ada.

“Pada masa itu, saya telah dicalonkan bertanding di kawasan Parlimen Bandar Melaka pada 1969 dan pada pagi 13, Mei 1969, pagi lagi saya telah menaiki penerbangan ke Kota Kinabalu untuk membantu calon bebas kempen pilihan raya di Sabah kerana pengundian di Sabah/Sarawak dalam pilihan raya umum 1969 ditetapkan seminggu selepas pengundian di Semenanjung Malaysia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur.

Beliau menjelaskan ketika berucap pada Majlis Makan Malam 1000 orang DAP Triang sempena perasmian Bangunan Cawangan DAP Triang, malam semalam.

Tambahnya, tetapi apa yang lebih dahsyat adalah dakwaan blogger Umno BN bahawa Lim Guan Eng yang berpangkat Ketua Pemuda DAP pada masa itu juga bertanggungjawab di atas rusuhan 13 Mei 1969 dan ‘mengetuai’ serangan anti-Melayu.

Menyifatkan fitnah di atas fitnah, beliau menegaskan bahawa tidak wujud Pemuda DAP pada tahun 1969 kerana DAPSY atau Pemuda Sosialis DAP telah ditubuhkan pada tahun 1973, dan mendiang P. Patto menjadi Ketua Pemuda DAPSY pada masa itu.

“Umur Guan Eng pada masa itu (13 Mei) hanyalah lapan tahun dalam bulan Mei 1969 – suatu dakwaan yang jijik yang telah dilontarkan kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun sahaja, dan satu kenyataan yang jelas bagaimana prasarana politik kini telah berkembang tanpa prinsip atau kemuliaan menuju pilihanraya umum yang akan datang,” katanya.

Oleh itu, tanya beliau adakah menghairankan tuntutan Bersih 2.0 untuk pilihan raya yang bersih, bebas dan adil iaitu “Hentikan Politik Kotor”, “Hentikan Rasuah”, “Memperkukuhkan Institusi Awam” dan “Akses Media Yang Bebas Dan Adil Bagi Arus Media Perdana” menerima sambutan yang amat buruk daripada pemimpin Umno BN./HarakahDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)    
 
  Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!   
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Kopi Susu Harimau!!!! Terkini!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...