Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, Mei 06, 2012

AMK Selangor Bakar!!! Akbar Lidah Syaitan Milik Umno!!

Fitnah Lucah: AMK Selangor bakar Utusan Malaysia

SHAH ALAM 5 Mei: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor semalam bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia di depan pejabat KEADILAN negeri sebagai protes terhadap media kawalan Umno itu melaporkan berita fitnah dan lucah.

Ketua AMK Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, akhbar berkenaan tidak sesuai dibaca di kalangan rakyat, terutama pelajar sekolah apabila menyiarkan berita seumpama itu.

“Sebagai contoh, Utusan kini banyak diedar di sekolah-sekolah dan rumah ke rumah secara percuma ekoran boikot berterusan rakyat terhadap media Umno itu.

“Malah kita mendapat aduan dari ibu bapa di mana anak mereka bertanyakan mengenai perkara lucah yang disiarkan Utusan Malaysia,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Pada 2 Mei lalu, akhbar itu di muka depannya menyiarkan berita dan gambar adegan seks seorang lelaki yang meniru gaya Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Azmizam berkata, akhbar Utusan yang dibakar itu juga diperoleh dari seorang anggota Cabang KEADILAN yang menerimanya secara percuma.

“Ini menunjukkan betapa terdesaknya Umno untuk menyiarkan propaganda mereka sehingga terpaksa mengedar akhbar mereka secara percuma walaupun tahu rakyat menolak laporan berita mereka.

“Utusan patut kembali kepada perjuangan asal dengan melaporkan berita mengenai isu rakyat seperti harga barang kerana selepas Datuk Seri Najib Razak umum Gaji Minimum, harga barang di beberapa kawasan di Lembah Klang melonjak,” tegasnya./KedilanDaily

KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
     
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!  
    DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##

4 ulasan:

  1. kira ok la tu,utusansex hasil dari duit daging manusia yang dimakan tiap2 hari!!!!

    BalasPadam
  2. bagus sekali kita pakat boikot utusam malaysia dan kesian kepada pekerja utusan yang terpaksa makan gaji hasil fitnah dan akhbar lucah.

    kakitangan utusan insaf lah tuan-tuan dengan rosaknya utusan sekarang yang tidak layak sebagai akhbar harian.

    pakat-pakat boikot deh

    BalasPadam
  3. Kekejaman Polis - Generasi Muda Perlu Memberi Pengajaran Setimpal Kepada Pemimpin BN dan UMNO. ( Lihat sendiri BUKTI, perjuangan PUTERI dan PEMUDA UMNO tidak lagi berguna untuk generasi baru )
    1~BUKTI 1
    2~BUKTI 2
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4 * (NEW)
    5~BUKTI 5 * (NEW)
    6~BUKTI 6 * (HOT)

    Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~http://www.youtube.com/watch?v=HcQD_NfslkA&feature=related



    Sumpah Aku Akan Lingkupkan Putrajaya Jika Generasi Muda Terengganu Tidak Jadi Perdana Menteri Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/v1/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3155

    BalasPadam
  4. Dah lama x baca Dan x beli utusan syg duit yg aku bayar sbb x Ada memberi faedah berita pun byk fitnah kalau bg free pun aku buat alas carpet kereta hanya itu tempat yg layak

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...