Siasat keganasan polis terhadap peserta himpunan Bersih – Anwar
KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa
supaya siasatan bebas dan menyeluruh diadakan bagi menyiasat punca serta
pihak yang bertanggungjawab peserta perhimpunan Bersih 3.0.
“Dimaklumkan ada kemalangan membabitkan peserta perhimpunan aman.
Saya menggesa agar siasatan yang bebas dan menyeluruh diadakan bagi
menyiasat punca serta pihak yang bertanggungjawab,” katanya pada
kenyataan media.
Beliau juga mengucapkan syabas kepada Jawatankuasa Pemandu Bersih
yang tuntas menuntut reformasi pilihan raya yang menyeluruh dan tahniah
kepada rakyat Malaysia yang hadir memberi sokongan.
Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata serangan
yang dilakukan polis ke atas wartawan yang membuat liputan menunjukkan
kerajaan tidak ikhlas dalam meningkatkan kebebasan media.
Dalam kenyataan media, beliau berkata polis sengaja dan secara
sistematik menjadikan wartawan sebagai sasaran serangan dalam
perhimpunan semalam.
“Motif gangguan dan serangan fizikal ini adalah untuk mengelakkan
wartawan merakam kekerasan, keganasan dan serangan polis ke atas orang
awam,” katanya.
Kesal kerana polis menahan wartawan Malaysiakini, akhbar Guan Ming
dan Malay Mail, katanya, polis juga merosakkan kamera dan merampas
rakaman wartawan Nanyang, TV Channel News Asia, Al Jazeera, Makkal Osai
dan Merdeka Review.
Beliau menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab atas ‘tindakan jenayah’ ke atas petugas media.
“Serangan yang diselaras sebegitu dan serangan yang dialami tidak
mungkin dijalankan tanpa arahan daripada pemimpin polis dan menteri
dalam negeri.
“Kami tuntut Najib mengeluarkan jaminan segera, kerajaan BN akan
menghormati kebebasan media dan menghenti campur tangan dengan media
yang menjalankan tugas mereka,” katanya./KeadilanDaily
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...