Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, April 10, 2012

PM Najib mungkir janji!!!

Aktivis anti-ISA berarak ke parlimen

Sekumpulan kira-kira 50 orang berarak ke bangunan Parlimen hari ini untuk menggesa Perdana Mernteri Datuk Seri Najib Razak supaya segera memansuhkan undang-undang ISA.

Kumpulan yang diketuai NGO Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) itu berhimpun di Taman Tasik Perdana pada kira-kira jam 11 pagi untuk berarak sejauh kira-kira 700 meter ke bangunan Parlimen.

NONEEnam orang wakil kumpulan berkenaan, diketuai pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh, kemudiannya memasuki kawasan bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum kepada perdana menteri dan juga ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, hanya Anwar
yang tampil untuk menerima memorandum berkenaan.

Anwar berkata, beliau akan menyerahkan salinan untuk Najib itu ke Pejabat Perdana Menteri dan juga menyiapkan rang undang-undang persendiriannya untuk memansuhkan ISA yang akan difailkannya.

Selain undang-undang ISA, kumpulan itu juga mendesak kerajaan supaya memansuhkan Akta Dadah Berbahaya dan juga Ordinan Darurat dan turut berikrar untuk menentang undang-undang BN yang memperuntuk penahanan tanpa bicara./MalaysiaKini
 
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)   
  
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...