Peneroka daripada lapan tanah rancangan di Pahang menyaman Felda atas
dakwaan terlibat dalam penipuan dan pecah amanah yang dikatakan
melibatkan nilai sehingga RM433 juta.
Saman
itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan oleh 770 peneroka daripada
Felda Chini dan Felda Chini Timur di Pekan melalui tetuan Daim &
Gamany tengah hari ini.
Mereka mendakwa ditipu dalam kadar perahan minyak kelapa sawit.
Peneroka menamakan Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai
defendan dan mendakwa kedua-dua pihak menggredkan hasil minyak sawit
lebih rendah daripada sepatutnya sejak 17 tahun lalu.
Peguam R Sivarasa berkata, kadar perahan digredkan secara purata 18.5
peratus ketika Lembaga Minyak Sawit Malaysia mencadangkan kadar
sekurang-kurangnya 22 peratus./MalaysiaKini
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...