Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, April 24, 2012

Hadir BERSIH 3.0 wajib!!!!!!


Nik Aziz: Hadir BERSIH wajib
 
Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hadir ke perhimpunan BERSIH pada 28 April ini wajib kerana ia diadakan untuk menentang ketidakadilan proses pilihan raya yang tidak selari dengan Islam.

NONE"Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang," ujarnya kepada akhbar rasmi PAS Harakah di pejabatnya di Kota Baharu hari ini.

Setiausaha akhbar kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga hari ini berkata, pemimpin nombor satu dalam parti Islam itu akan turun bersama dalam perhimpunan pada Sabtu ini.

Malah, kata Nasaie Ismail, PAS juga telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli untuk turun beramai-ramai ke himpunan tersebut.
Mengulas soal pengundi hantu, yang termasuk dalam tuntutan BERSIH, Nik Aziz berkata ia jelas perbuatan kotor dan bercanggah dengan kehendak Islam.

"Andainya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya akan datang dan mentadbir negara akan melakukan sebagaimana BN buat sekarang, setuju atau tidak sekiranya kami bawa pengundi hantu untuk kekal mentadbir negara pada pilihanraya berikutnya.

"Tentu saja Umno dan BN tidak mahu sebab perkara ini perbuatan mungkar yang tentu saja berdosa besar bila melakukanya," beliau dipetik sebagai berkata.

Kemenangan 'haram'
Justeru, tambahnya ‘wajib' rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai menjayakan BERSIH 3.0 untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

azlanBeliau seterusnya memberitahu, sekiranya wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya itu kerana dibantu oleh pengundi hantu, kemenangannya ‘haram' di sisi Islam.

"Malah segala elaun bulanan atau segala bentuk yang diperolehi sebagai wakil rakyat, gaji, kereta dan semuanya haram serta tidak sah di sisi Islam.

"Perkara ini bukan perkara main-main dan kena ingat Allah dan balasan akhirat,"ujarnya lagi./MalaysiaKini


KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)     
 
   Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!    
  DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
#Anda Bakal Jutawan Online##

1 ulasan:

  1. BarangSiapa tolak BERSIH...samalh dgn tolak Islam

    Hmpunan BERSIH adlah utk tgakan KEBENARAN. Islm adlah BENAR. Islam prjuangkan yg benar.

    Prjuangn BERSIH mmbwa kebenaran. Setiap yg benar adalh prjuangn Islam...
    Brangsiapa yg menolak BERSIH adlah menolak ajran Rasululah. Menolak Rasulullah adalah menolak Islam.

    Brangsiapa yg menenentang Himpunan bersih adalah sama dgn menentang Allah.

    YAB Tuan Guru selalu ingatkn kita semua jangan menolak Allah. Biar Umeno saja yg tolak Rasul..menentang Allah..tetpi Tuan Guru akan pertahankn Rasul...akn pertahn Allah.

    dari al Baihaqi daripada Ibnu Abbas rahuma (hadith marfu') di mana Rasulullah saw bersabda mafhumnya " Barangsiapa yg berpegang kepada sunnahku di waktu ummatku sedang rosak maka untuknya ganjaran seratus mati syahid" Juga dari riwayat at Tabrani daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda "Maka untuknya ganjaran seratus mati syahid"

    YAB Tuan Guru tlh pesan banyok kali...jgn mati sia2 kerana sokong Umeno UPCO..lbih baik mati syahid kerana ganjran pahala yg banyak.

    Kalw kita pergi himpuan bersih kerana Allah..dpt pahala...klaw kita kena tangkap..dpt lagi pahala di niaya oleh polis...klaw kita mati akn ditmpatkn di syorga yg khos utk org yg mati syahid.

    YAB Tuan Guru sudah sebuk bnyak kali...UMeno-UPCO tdak boleh bawa kita ke syorga...hanyak bawak setakat lubang kubur saja..

    Sumber: http://terunapondoktimur.blogspot.com/2011/07/barangsiapa-tolak-bersihsamalh-dgn.html

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...