Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mahukan kira-kira 30
mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam bagi menuntut
pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
berpindah daripada kawasan itu.
Kelihatan pegawai penguatkuasa
menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi
memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.
Mahasiswa
diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang
sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk
bandar.
Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.
Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas)
berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau
menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah
malam ini.
Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.
Mereka
antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi
menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga
ke peringkat pengajian tinggi.MalaysiaKini
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...