PETALING
JAYA, 25 APRIl: Kegagalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan
Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mahupun wakilnya untuk hadir sebagai panelis
dalam Forum BERSIH 3.0 anjuran Tindak Malaysia nyata mengecewakan
pelbagai pihak.
Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 3.0, Dr Wong Chin Huat berkata pihak
SPR sepatutnya hadir bagi membuktikan keyakinan kepada orang ramai
terhadap mereka memandangkan sebelum ini banyak pendedahan keraguan di
dalam sistem pilihanraya di negara ini.
“Bak kata pepatah Melayu, berani kerana benar, takut kerana salah.
Kalau Tan Sri Abdul Aziz percaya apa yang dilakukan itu sah seharusnya
di datang ke sini,” katanya.
Sebelum ini, Tan Sri Abdul Aziz dalam satu wawancara menegaskan
bahawa daftar pemilih sekarang bersih dan tiada negara lain dalam dunia
lebih bersih daripada Malaysia.
Hampir 100 orang yang hadir bersorak kecewa bila penganjur mengumkan Pengerusi SPR tidak bersama dalam forum berkenaan.
Dalam pada itu, Chin Huat berkata, pola pengundi Melayu mampu berubah
sekiranya mereka mendapat akses maklumat yang lebih tepat dan luas
memandangkan selama ini mereka terlalu bergantung kepada media arus
perdana yang dimonopoli oleh pihak kerajaan.
Katanya, masalah yang dihadapi pengundi Melayu terutamanya di kawasan
luar bandar mampu diatasi sekiranya ahli keluarga yang merantau di
bandar dapat membawa balik maklumat terkini berhubung isu semasa lalu
disampaikan kepada ahli keluarga.
“Saya ingin mencadangkan supaya kerajaan negeri seperti Selangor
memperbanyakkan kemudahan jalur lebar bagi memudahkan capaian maklumat
kepada orang ramai sekaligus menyukarkan kerajaan persekutuan untuk
mengawal aliran informasi,” katanya.
Tegas beliau, kerajaan Pakatan Rakyat tidak perlu turut serta bersama
dalam pilihanraya akan datang sekiranya Parlimen dibubarkan
memandangkan terlalu banyak keraguan yang ditemui terutamanya mengenai
daftar pemilih.
Katanya, Selangor menjadi tumpuan penipuan pilihanraya dan
kemungkinan besar Pakatan akan tumbang sekiranya turut sama menyertai
pilihanraya serentak dengan kerajaan persekutuan jika diadakan sekarang
ditambah dengan kegagalan SPR membersihkan segala keraguan yang telah
dibongkarkan selama ini./MediaSelangorKu
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...