Kenyataan Media
27 April 2012
27 April 2012
Menteri
Dalam Negeri Mesti Jawab Dakwaan Hilangnya Organ Dalaman Dari Mayat
Tenaga Kerja Indonesia Dan Kaitannya Dengan Pasukan Polis
Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) mendakwa organ tubuh tiga warga Indonesia yang ditembak mati baru baru ini didapati hilang. Isu ini mendapat liputan meluas dari media Indonesia.
Sekiranya dakwaan ini benar, kami mengecam perbuatan jelek ini serta
menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan untuk menyiasat dakwaan
berkaitan insiden kematian tiga warga Indonesia tersebut serta samada
organ dalaman dikeluarkan dari tubuh mereka. Oleh kerana polis didakwa
terlibat makanya hanya satu siasatan yang bebas akan menjernihkan nama
baik dan persepsi umum terhadap pihak Polis.
Manakala demi memastikan hubungan baik rakyat Malaysia-Indonesia,
serta nama baik Pasukan Polis, Parti Keadilan Rakyat bersedia menawarkan
bantuan guaman dan bersedia bekerjasama dengan Kedutaan Indonesia di
Malaysia bagi menemui kebenaran di sebalik kematian tiga warga Indonesia
tersebut dan samada mayat mereka diuruskan secara tidak
bertanggungjawab.
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia
KEMPEN KUBURKAN UMNO/BN PADA PRU13 (SOKONG SILA KLIK)
Artikel Yang Wajib Di Baca Oleh Umat Islam Malaysia!!!
DSAI Jawab Tuduhan Umno Isu Israel
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...