Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, September 26, 2011

Kumpulan Yang Buat Kecoh Di Ceramah Mat Sabu Bakal Di Kena Tindakan Undang-Undang.


Ambil tindakan undang-undang


SEREMBAN – Pas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kumpulan yang mencetuskan kekecohan pada majlis sambutan Aidilfitri dan ceramah Mohamad Sabu di Ampangan, malam kelmarin.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Abd Ghani berkata, pihaknya akan berbincang serta meneliti kejadian itu dengan peguam dilantik untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Menurutnya, beberapa penyokong dan ahli Pas yang cedera akibat tindakan kumpulan tersebut bagaimanapun belum membuat laporan polis.

“Mereka akan membuat laporan polis dalam masa terdekat ini. Mereka yang tercedera juga akan membuat laporan nanti,” katanya kepada Sinar Harian Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (Dun) Paroi di Dataran Senawang, Senawang, di sini semalam.

Hadir sama, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin.
Mohd Taufek berkata, beliau kesal dengan tindakan mereka yang mencetuskan kekecohan itu, seolah-olah menidakkan hak bersuara serta memberi pendapat.SinarHarian

Komen : Tahniah!!! Pertugas PAS cepat bertindak dapat menghalang keganasan puak2 jahanam ni....

Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE! 

Menyokong Perjuangan DSAI

1 ulasan:

  1. Jangan lewatkan tindakan , hadapkan puak-puak lahanat ke mahkamah segera....apa? dia orang ingat negara ini HARTA PUSAKA MAK BAPAK DIA ORANG KE?.

    BalasPadam

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...