KUALA LUMPUR: Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang gemar bermewahan ketika rakyat bergelut dengan kos sara hidup, ibarat ‘mencurah garam ke luka rakyat’.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyatakan perkara itu ketika menggariskan 10 resolusi, selepas mengadakan rapat kebangsaan NGO itu di Shah Alam Selangor.
“Imej Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Justeru itu, SAMM menyeru rakyat menolak ahli politik atau kaum keluarga mereka yang menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri dan mengumpul kekayaan.
NGO anak muda itu sebelum ini mendedahkan pembelian cincin berharga RM24 juta yang dibeli oleh Rosmah daripada syarikat pengeluar berlian terkenal, Jacob & Co.
Selain cincin berkenaan, SAMM mendakwa Rosmah juga memakai gelang dan jam ‘zebra’ dari syarikat berkenaan, dianggarkan bernilai RM1.6 juta.
Rosmah sebelum ini dilihat gemar berbelanja mewah, termasuk membayar lebih RM100,000 untuk menginap di hotel berprestij, Atlantis di Dubai untuk tempoh semalaman.
Selain itu, antara resolusi yang dicapai SAMM ialah menuntut kerajaan supaya menghapuskan cukai yang membebankan rakyat seperti GST/VAT.
Menurut SAMM, adalah satu pembohongan sistem cukai terus kepada pelanggan belum dilaksanakan.
“SAMM menuntut pemerintah segera bertindak membatalkan sistem cukai yang menjerut leher rakyat. Sistem cukai ini memberi ruang selesa kepada korporat dengan mengalihkan cukai kepada peniaga besar kepada rakyat.
Berhubung isu sejarah, SAMM berpendirian semua organisasi dan individu yang berjuang melawan penjajah sebelum tarikh merdeka, wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.
SAMM dalam resolusinya juga menentang keras pengkhianatan pemerintah terhadap kedaulatan negara yang mengagihkan taraf kerakyatan kepada warga asing dengan sewenang-wenangnya.
“SAMM melihat anak muda harus menjadi pelopor politik nilai. Dalam isu membela hak rakyat dan memberdaya anak muda, SAMM mengajak anak muda agar tidak kompromi, tidak ada istilah kedurjanaan yang harus dihalalkan untuk mencapai matlamat baik,” tegasnya.KeadilanDaily
Komen : Jangan Undi UmnoBN Pada PRU13 ni....
Free Advertising - Get millions of visitors for your website for FREE!
Menyokong Perjuangan DSAI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...