KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran hari ini mewakili Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) meneruskan pembatalan terhadap parti itu.Ia berhubung notis bertarikh 9 Mei yang dihantar ROS untuk membatalkan KEADILAN atas alasan melanggar salah satu fasal perlembagaan dengan memecat seorang anggota parti itu.
“Relif yang dipohon antara lain adalah satu perintah larangan terhadap ROS, untuk melarang responden daripada meneruskan dengan jua tindakan di bawah seksyen 13 (1) dan /atau (2) Akta Pertubuhan 1966 melalui notis bertarikh 9 Mei 2011 untuk membatalkan pendaftaran Parti Keadilan Rakyat.“Alasan permohonan untuk menghalang ROS kerana notis yang dikeluarkan tidak sah dan dibuat diluar bidang kuasa memandangkan fakta-fakta dan asas undang-undang seperti mana yang didakwa dalam kandungan notis tersebut tidak wujud dan tidak sempuna.
“Kita terkejut menerima notis tersebut kerana ia tidak masul akal dan begitu menyalahi undang-undang dan berniat jahat kerana tiada fasal dalam perlembagaan parti seperti yang dinyatakan dalam notis ROS,” kata Surendran ketika sidang media di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, hari ini.KEADILAN sebelum ini mengutuk tindakan ROS yang memberikan alasan bahawa parti itu melanggar fasal perlembagaannya dengan memecat seorang anggotanya, sedangkan fasal yang dikatakan itu tidak wujud.
Malah ROS maklumat yang terkandung dalam notis berkenaan juga salah seperti tarikh dan nama anggota KEADILAN yang dipecat.Menurut Surendran, tindakan ROS terhadap KEADILAN yang kini mempunyai 400,000 ahli dan 26 Ahli Parlimen, dilihat sebagai berniat jahat dan percubaan untuk membantut proses demokrasi di negara ini.
“Tindakan ROS mempunyai sebab tersembunyi yang berniat jahat dan percubaan untuk membantut proses demokrasi negara kerana kita semua tahu PRU ke-13 akan diadakan tidak lama lagi. Dalam masa ini, ada percubaan oleh Umno BN, untuk membatalkan pendaftaran supaya PKR tidak dapat bertanding dalam pilihan raya akan datang.Selain itu, beliau turut meluahkan kekecewaannya kerana Malaysia seolah mahu mengikut langkah beberapa negara regim kuku besi yang mengharam parti pembangkang.
“Kita di pihak PKR dan pihak pembangkang serta rakyat memandang kes ini serius kerana taktik seperti ini yang cuba mengharam dan membatalkan parti politik pembangkang pernah diamalkan di Mynmar dan Afrika.“Regim-regim politik Junta, iaitu tentera di Myanmar mengharamkan parti yang ditubuhkan oleh Aung San Suu Kyi. Afrika Selatan semasa dasar Apartied, regim kulit putih mengharamkan parti African Congress oleh Nelson Mandela dari 1960 hingga 1990.
“Jadi kita terkejut dan kesal bahawa kerajaan negara kita pun telah menggunakan taktik yang pernah digunakan oleh Junta di Myanmar dan regim Apartied oleh kulit putih.Sementara itu, beliau berharap permohonan itu dapat diluluskan secepat mungkin kerana curiga dengan motif sebenar ROS.“Kita harap dapat selesai kes ini secepat mungkin dan berharap awal minggu depan akan didengarkan di mahkamah kerana kita sangsi dengan ROS yang boleh keluarkan notis yang salah dari fakta, undang-undang, prosedur, logik,” katanya.
Antara barisan peguam yang mewakili KEADILAN bagi memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya dan Fadiah Nadwa Fikri yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL).KeadilanDaily
AmResearch: RON95 dijangka naik 20 sen bulan depan
Kali terakhir harga RON95 naik ialah pada Disember lalu sebanyak lima sen kepada RM1.90 seliter. RON97 sudah naik empat kali tahun ini termasuk awal bulan ini untuk dijual RM2.90 seliter sekarang.
Minggu lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kenaikan harga petrol RON95 mungkin berlaku dan oleh itu, rakyat perlu bersedia untuk menghadapinya.
Beliau berkata kemungkinan itu adalah memandangkan kajian mengenai rasionalisasi subsidi dijangka dibuat sekali lagi bulan depan.
Beliau berkata, kerajaan masih mengkaji untuk mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut pasaran minyak dunia.Kalau kekal dengan keadaan sekarang kemungkinan besar dari segi unjurannya, kata beliau, subsidi akan bertambah daripada RM10.3 bilion kepada RM17 bilion.
AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
“Kesemua faktor menunjukkan ke arah kenaikan harga RON95,” kata firma itu sambil menambah, dengan mengambil kira kenaikan berterusan harga global bagi minyak mentah dan kemungkinan naik lagi pada masa depan, kerajaan kini tersepit antara mengamalkan urus tadbir fiskal seimbang dan keperluan menggambarkan ia mengambil berat tentang kebajikan rakyat.
Justeru, AmResearch berkata kerajaan boleh memberi rebat dan menyusun semula skim saraan sektor awam untuk membantu kumpulan berpendapatan rendah, yang dihimpit dengan beban pemotongan subsidi.
Firma itu juga menambah, ia menjangkakan bahawa kadar inflasi akan naik mendadak ke arah empat peratus dalam waktu terdekat susulan pusingan pertama impak potongan subsidi ke atas makanan, pengangkutan dan tenaga.“Secara purata, inflasi tahun ini mungkin melepasi kadar 3.5 peratus yang telah diramalkan sebelum ini,” katanya.Bagaimanapun katanya, ia akan masih rendah berbanding 8.5 peratus, paling tinggi dalam 25 tahun, yang dialami pada Julai dan Ogos 2008.
Semalam, Ismail Sabri (gambar) berkata, kerajaan pusat akan mengumumkan perkembangan langkah rasionalisasi subsidi termasuk pelarasan harga petroleum minggu ini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata kerajaan akan menyediakan kaedah paling sesuai untuk mengurangkan beban rakyat ekoran kenaikan itu.“Tunggulah (pengumuman) dalam masa seminggu ini... kita akan membuat keputusan sama ada ingin meneruskan subsidi petrol, diesel dan gas memandangkan jumlah subsidi yang ditanggung kerajaan terus meningkat dari RM8 bilion kepada RM18 bilion,” katanya.
Dalam satu kenyataan petang semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan tarif elektrik dinaikkan bulan depan, tetapi mahu pentadbiran Najib mengkaji balik konsesi pengeluar tenaga bebas (IPP) dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar tidak membebankan rakyat.
Di sebalik kenyataan demi kenyataan mengenai kemungkinan pemotongan bakal dibuat oleh Putrajaya, beliau berkata, beliau sudah sekian lama menegaskan sekitar RM22 bilion subsidi gas yang diberi kepada IPP tidak memberi makna kepada rakyat, sebaliknya ia hanya memberi keuntungan kepada ahli perniagaan dan kroni rapat dengan pemerintah.
The Malaysian Insider difahamkan Kabinet dalam mesyuarat mingguannya esok akan menyentuh soal itu.
Ketua Umum Pakatan Rakyat ini berkata, merujuk kepada kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh beberapa menteri berkaitan, kemungkinan tarif elektrik dijangka naik bulan depan.
Anwar berkata, isu kenaikan tarif elektrik negara ini berkait rapat dengan perjanjian berat sebelah dipaksa ke atas TNB untuk dimeterai bersama dengan IPP terutamanya dengan pengeluar tenaga swasta generasi pertama.TheMalaysiaInsider