Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Rabu, Mei 25, 2011
Pinjam KWSP RM6 bilion: Kewangan Felda kukuh satu pembohongan!!
KUALA LUMPUR: Pengarah Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said menganggap kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bahawa kedudukan kewangan Felda adalah kukuh sebagai satu pembohongan.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), yang mendedahkan permohonan pinjaman Felda daripada Kumpulan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM6 bilion.
“Laporan keuntungan Felda tak terpakai lagi apabila berita mengenai tindakan meminjam wang KWSP ini terbongkar.Kenyataan Ahmad Maslan sebelum ini kononnya kedudukan kewangan Felda kukuh adalah pembohongan,” kata Suhaimi kepada keadilandaily.com.
Menurutu Suhaimi, sekiranya benar Felda dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kewangan, mengapa agensi tersebut bertindak meminjam dari KWSP yang juga merupakan dana awam.
“Apakah memang benar yang Felda ini mempunyai masalah kewangan? Jika tidak, apakah sebabnya? Ini kerana Felda merupakan badan berkanun dan entiti perniagaan yang berpendapatan setanding Petronas. Tidak munasabah pada masa ini Felda mengalami kemerosotan kewangan yang serius.” tegasnya.
Justeru itu katanya, Biro Felda dan Orang Asal KEADILAN akan membuat laporan polis dalam isu tersebut bagi menuntut satu siasatan terpeinci dilakukan.
Dalam pada itu, Suhaimi mempersoalkan transaksi tertutup oleh Felda dalam pembelian kilang dan ladang gula di Perlis yang diijangka keuntungannya meningkat berlipat kali ganda, selaras dengan kenaikan harga gula di pasaran baru-baru ini.
“Sepatutnya Felda mendapat untung dan kos gula menjadi murah kerana diproses di dalam negara. Tetapi mengapa perkara ini tidak berlaku? Saya mengesyaki keuntungannya diagihkan kepada pihak tertentu.Mengulas lanjut, Suhaimi tidak menolak kemungkinan tujuan pembiayaan itu mempunyai kaitan dengan agenda untuk membantu BN dalam kempen pilihan raya yang dikata akan diadakan dalam masa terdekat.
“Mungkin juga wang tersebut akan digunakan pada masa kempen,” katanya sambil mencetuskan kebimbangan bahawa pelantikan Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad juga mempunyai kaitan dengan usaha tersebut.Antara spekulasi yang turut dibangkitkannya termasuk percubaan kerajaan untuk ‘mengapungkan’ (bail-out) Felda yang kewangannya merosot teruk seperti yang berlaku kepada Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC Berhad) pada tahun 1997.
Beliau dalam masa yang sama turut mengulangi isu berkenaan wang dari Tabung Tanam Semula oleh Felda yang masih belum dikembalikan kepada peneroka sehingga kini.
“Peruntukan baru untuk tanam semula dikeluarkan dari simpanan Felda. Dalam masa yang sama wang dari tabung tanam semula tidak dikembalikan kepada peneroka. Ke mana perginya wang itu? Menteri mesti kemukakan dan jawab!” tegas Suhaimi.KeadilanDaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...