Anwar ulangi, pilihan raya umum tahun ini
Tarikh pilihan raya umum akan datang terus menjadi tanda tanya kebanyakan orang tetapi bagi ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tanda-tandanya mula jelas.
"Saya hampir pasti ia akan diadakan tahun ini. Awak boleh lihat keghairahan dan kegilaan oleh media yang dikuasai oleh Umno. Ia tidak sihat sepanjang sedekad lalu dan juga tidak seteruk seperti sekarang ini... yang bermaksud paling awal, pada penghujung Ogos, awal September atau Oktober,” katanya.
Pertarungan sebenar kata ketua umum PKR itu dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu adalah di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah Melayu.
"Ya, itu satu cabaran dan kita mungkin masih belum melakukannya dengan mencukupi (memberi tumpuan kepada kawasan Melayu). Tetapi kami akan ke akar umbi dan Umno menyedari ini,” kata Anwar.
Melaka dan Johor, secara tradisionalnya dianggap kubu BN dan diperkukuhkan baru-baru ini dengan 'mengharamkan' ketua pembangkang itu daripada berceramah di negeri-negeri berkenaan.
"Saya gagal mendapatkan satu permit (polis) pun sekarang untuk berceramah di Johor, kecuali jika ia jamuan makan dengan orang Cina - ini tidak boleh diterima. Jadi dalam kes ini, Melayu didiskriminasi tetapi Cina tidak,” kata Anwar.MalaysiaKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Komenlah dan berhujahlah dengan baik...