Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, Disember 01, 2010

Anwar ramal p'raya Mac 2011

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2011 ekoran pengumuman penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan.

Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.

Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.

Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan.

"Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan," katanya.

MalaysiaKini
PERINGATAN
AYOH!!! RAKYAT MALAYSIA....GUNAKAN KUASA ANDA INI..
Lagi awal PRU13 lagi cepat kita bungkus UMNO/BN dan beri kemenangan kepada PAKATAN RAKYAT..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komenlah dan berhujahlah dengan baik...